Hafiz raih tiga anugerah AIM20



KUALA LUMPUR - Penyanyi kelahiran rancangan pencarian bakat Akademi Fantasia, Hafiz Suip membawa pulang tiga anugerah pada Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam tadi.
Penyanyi berusia 23 tahun itu memenangi kategori Album Terbaik menerusi albumnya berjudul Luahan Hati Anak Seni.
Album kedua penyanyi yang berasal dari Sarawak itu turut menggondol anugerah Rakaman Album Terbaik yang diterima oleh jurutera bunyinya, C.L Toh. Selain itu, dia turut memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) mengalahkan empat calon lain iaitu Azlan & The Typewriter, Faizal Tahir, Ronnie (Hyperact) dan Hazama.
Anugerah Lagu Terbaik dimenangi oleh Yuna melalui lagu Lelaki. Bagi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), penyanyi berkulit hitam manis, Dayang Nurfaizah mengunggulinya melalui album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas.
Anugerah Kembara diberikan kepada penyanyi Shila Amzah kerana ketekunannnya melebarkan karier ke negara China. Selain itu, dia juga diberi tanggungjawab untuk menyanyikan lagu tema Chinese Idol...- cosmo.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2nU6iQRAp 
Hakcipta terpelihara 




Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan