Kenapa Fandi balik ke Singapura


KEADAAN kesihatan isterinya dan dua anak beliau yang masih kecil merupakan dua faktor penting yang mendorong Fandi Ahmad (gambar) kekal di Singapura.
Tambahan, setelah sekian lama mencari rezeki di rantauan, hati ‘anak emas’ Singapura itu terpanggil untuk menyumbang kepada bola sepak tanah air.
Ditemui Berita Harian (BH) semalam, Fandi akur beliau pada mulanya tidak berniat mahu memohon bagi jawatan kosong SingaXII kerana mempunyai beberapa tawaran di luar negara.
Namun, setelah berbincang dengan isteri dan anak-anak, beliau membuat keputusan membuat permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).
“Sepanjang kerjaya bola sepak, saya tidak pernah memohon untuk sesuatu jawatan. Jadi tak biasa,” kata Fandi.
“Sokongan peminat juga penting. Dengan begitu ramai peminat mengharapkan saya membimbing SingaXII, saya tidak sampai hati menghampakan mereka.
“Keadaan (kesihatan) isteri saya pun tak menentu, dan dia pun yang ingatkan supaya jangan kecewakan peminat. Sekurang-kurangnya saya perlu memohon,” tambahnya, yang meninggalkan Singapura pada 2006 untuk menjadi jurulatih di Indonesia dan kemudian Malaysia.

http://beritaharian.sg/sukan/kenapa-fandi-balik-ke-singapura.
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan