Nazri sah milik Kelantan




KUALA LUMPUR - Pemain pertahanan Nazri Ahmad menjadi milik Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) apabila Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) secara rasmi menarik balik tuntutan untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan FAS telah menghantar surat menggugurkan tuntutan itu kepada FAM pada Rabu.

"Kami telah menerima surat tarik balik tuntutan daripada pengadu (FAS) melalui Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) kerana mereka dapat menyelesaikan perkara ini dengan Kafa sendiri.

"Hari ini, Setiausaha Agung Kafa mengesahkan bahawa isu itu sudah selesai. Nazri menjadi milik Kafa bagi musim 2014," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FAM hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, kemelut berhubung pemain itu diselesaikan dengan cara baik kerana tidak mahu hubungan erat antara kedua-dua persatuan terjejas.

Azman berkata Nazri telah menghantar surat permohonan maaf kepada FAS.

Bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT) berusia 23 tahun itu dikatakan menandatangani kontrak bersama FAS tetapi membuat keputusan menyertai The Red Warriors pada musim akan datang. - Bernama
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan