Obina dapat lampu hijau

Obinna Nwaneri

TONGGAK pertahanan The Red Warriors (TRW), Obinna Nwaneri mendapat ‘lampu hijau’ daripada pengendali pasukan, Steve Darby untuk diturunkan apabila berdepan kelab Thailand, Phattalung FC pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok.

Darby berkata, kehadiran semula bekas pemain kebangsaan Nigeria itu membolehkannya menguji kesemua empat pemain import TRW buat pertama kali menjelang aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M), pada 18 Januari ini.

“Ya, saya boleh sahkan Nwaneri memang berada dalam perancangan saya untuk beraksi malam esok. Saya berharap dia boleh membentuk kombinasi terbaik dengan rakan sepasukan lain dalam perlawanan terakhir ini.

“Selepas ini tidak ada lagi aksi persahabatan. Kami kesuntukan masa kerana saingan liga akan bermula hanya seminggu lagi. Pemain akan kembali fokus menjalani latihan seperti biasa dan perlu mengekalkan kecergasan dalam tempoh tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Lebih menggembirakan jurulatih kelahiran England itu, pemain pertahanan berusia 32 tahun itu, dikatakan berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram biarpun tidak menyertai pasukannya sejak sebulan lalu.

“Berita ini sememangnya mengejutkan saya. Nwaneri pulang ke negaranya untuk bersama isterinya yang terlantar sakit tetapi dia tetap menjalani latihan sendirian dan memastikan tahap kecergasannya berada pada tahap tertinggi sebelum kembali ke Kota Bharu,” katanya.

Mengenai pertemuan menentang kelab yang beraksi dalam Liga Divisyen Satu Thailand itu, bekas jurulatih Johor dan Perak itu memberitahu, dia tidak mahu memikirkan keputusan perlawanan tersebut.

“Saya tidak kisah jika Kelantan menang 10-0 atau tewas 0-1 sekali pun. Keputusan ini tidak relevan kerana seperti anda tahu, saya hanya mahu menilai prestasi pemain import dan tempatan sahaja dalam perlawanan ini,” katanya.

Tambahnya, aksi persahabatan itu juga membolehkannya merencana strategi tersendiri buat pasukannya, menggunakan sistem penggiliran apabila peraturan Liga-M musim ini membenarkan hanya tiga pemain import termasuk seorang dari benua Asia beraksi dalam perlawanan pada satu-satu masa.

Kelantan akan berdepan naib juara Liga Premier musim lalu, Sime Darby FC pada aksi sulung saingan Liga Super di Kota Bharu pada 18 Januari ini sebelum terbang ke Kuching untuk bertemu Sarawak, seminggu kemudian.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan