Filem "Banglasia" arahan Namewee diharamkan


Filem arahan pengarah kontroversi, Namewee "Banglasia" yang sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari lalu telah diharamkan tayanganya di Malaysia selepas dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.
"Filem "Banglasia" dikecam hebat oleh LPS dan KDN, malah kami telah diberikan sebanyak 31 catatan rasmi dan sekaligus diarahkan untuk membuat penggambaran semula.
"Ternyata kami sama sekali tidak mampu untuk melakukan penggambaran semula kerana kesemua 31 catatan yang dikeluarkan oleh LPF adalah 90% dari filem tersebut," ujar Namewee dalam satu kenyataanya di laman Facebook miliknya.
Tambah Namewee lagi, filem arahan keempatnya itu bukan sahaja tidak dapat ditayangkan di Malaysia, malah pihak berkuasa juga telah mengeluarkan rahan tegas bahawa filem "Banglasia" juga tidak boleh ditayangkan menerusi laman web YouTube, rangkaian jaringan laman web ataupun dijual di pasaran tidak kira sama ada yang sah di sisi undang-undang ataupun cetak rompak.
Oleh itu, mana-mana pihak yang didapati menayangkan filem ini sama ada di rumah persendirian ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.
Dalam pada itu, Namewee sempat memohon maaf terutamanya kepada para pelabur yang telah mengalami kerugian besar berikutan pengharaman filem, dan juga kepada krew produksi serta peminat-peminat yang menantikan filem "Banglasia".
Biarpun filemnya tidak berjaya ditayangkan, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menghasilkan filem pada masa akan datang.
"Walaupun tidak berjaya ditayangkan di pawagam, saya berharap anda akan terus menyokong dan menantikan kemunculan filem saya yang seterusnya. Saya akan berusaha lebih keras di masa hadapan untuk tidak mengecewakan sokongan anda. Mohon maaf."-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan