Misi hidup mati TRW



Menjelang sepak mula perlawanan antara TRW menentang sabah di Stadium Sultan Muhamad pastinya mengundang resah dikalangan peminat terutamanya tuan rumah.Kelantan mungkin mempunyai sedikit kelebihan bermain ditempat sendiri namun tiada jaminan untuk mencapai kemenangan mudah kerana sime Darby telah pun melakukan sekaligus memalukan kelantan di stadium yang di anggap keramat suatu masa dahulu.

Diatas kertas mungkin berpihak kepada Kelantan namun Pastinya Sabah tak akan memberi laluan dengan mudah untuk trw.Kelantan pastinya sedikit tertekan dan akan bermati-2an untuk menang sebagai memulihkan keyakinan pasukan dan juga memulihkan keyakinan peminat fanatik yang sentiasa dahagakan kemenangan.

Sebagai juara bertahan piala FA pastinya kelantan tidak mahu dikuburkan awal setelah mendapat bye pada pusingan pertama.seandainya sabah berjaya menunjukkan jalan keluar dari persaingan bermakna reputasi trw akan tercalar teruk nanti.Admin jangkakan perlawanan nanti amat menarik untuk ditonton kerana kedua2nya mempunyai misi untuk menjadi Juara.

Kedua2 jurulatih pastinya akan menurunkan kesebelasan terkuat untuk perlawanan ini nanti.Hanya tektikal terbaik yang mampu melangkah ke suku akhir.Kita dapat saksikan nanti adakah Pemain Import atau pemain tempatan akan menyerlah nanti.Namun yang pasti Hanya yang terbaik akan mencapai.Semoga perlawanan nanti berjalan lancar dengan semangat kesukanan yang tinggi tanpa ada sebarang masalah samaada pemain penyokong maupun pegawai kedua2 pasukan.sekian- infolagi2u.
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan