isu 'Terowong Larkin' Bila akan berakhir?



KUALA LUMPUR - Meskipun sudah lebih sebulan insiden 'Terowong Larkin' berlaku, sewaktu perlawanan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan T-Team, namun sehingga kini masih belum dapat dipastikan tarikh sebenar keputusan mengenainya akan diumumkan.
Pada 4 Mac lalu, ­Sekretariat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan surat pertuduhan kepada PBNJ di bawah Kod Tatatertib 28.1 iaitu kesalahan gagal mengawal keselamatan pegawai dan pemain semasa perlawanan.

Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ) yang menaungi JDT telah membalas surat pertuduhan itu enam hari kemudian bersama borang B iaitu pengakuan tidak bersalah bagi membolehkan kes itu dibicarakan.
Selepas PBNJ membalas surat pertuduhan berkenaan, urusan siasatan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak, termasuk menyoal saksi dan mengumpul bukti.
Tetapi sehingga kini tiada sebarang perkembangan kes dimaklumkan sehingga menimbulkan banyak persoalan khususnya dalam kala­ngan peminat bola sepak dari ke­dua-dua pasukan, selain wujud spekulasi menyatakan kes itu tidak akan selesai.

Taufek ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu 'terowong Larkin' itu sebaliknya memberitahu pihaknya akan menyelesaikan isu-isu lain melibatkan JDT.
"Saya tidak boleh ulas mengenai isu itu.

"Jumaat ini kita akan adakan mesyuarat mengenai kes-kes lain melibatkan JDT termasuk suar, kes cermin kereta pengurus Perak (Azhar Ahmad) dipecahkan serta isu perkauman melibatkan Pablo Aimar.
"Pada hari itu kita akan beritahu tarikh kes terowong itu. Kes itu akan dibicarakan minggu depan," kata­nya.
Difahamkan kes itu akan dibi­carakan selama dua hari bermula 24 Mac ini.

Insiden di dalam terowong me­nuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru itu berlaku sewaktu masa rehat perlawanan pusingan kedua Piala FA antara JDT dengan T-Team pada 1 Februari lalu.

Berikutan kejadian itu, pemain T-Team, Evaldo Goncalves dan jurulatih kecergasan pasukan dari Terengganu itu, Stefano Impagliazzo, kedua-duanya dari Brazil telah membuat laporan polis dan mendakwa mereka telah dikasari oleh pemimpin tertinggi PBNJ.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan