TRW Masih Ada Peluang Ke Pusingan Kedua AFC


 Kelantan masih mempunyai peluang untuk mara ke pusingan kedua saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) walaupun mengalami dua kekalahan dalam perlawanan Kumpulan G. 
Ketua jurulatihnya, Steve Darby berkata, mereka perlu mengutip sembilan mata dalam baki tiga perlawanan kumpulan sebelum melangkah ke pusingan kedua.
Pasukan 'The Red Warriors' (TRW) kini menghuni tangga ketiga dalam kumpulan selepas kalah 3-2 kepada pendahulu kumpulan, XM Vissai Ninh Binh dari Vietnam di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Selasa.
"Saya perlu menggilirkan pemain dalam kesebelasan utama kerana perlu mengharungi enam perlawanan dalam tempoh 17 hari," katanya di sini Rabu.
Kelantan akan menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan