TRW Tunduk tapi melawan

WAKIL negara, Kelantan gagal meraih tiga mata setelah tewas 3-5 kepada Yangon United FC pada aksi pembuka tirai Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Pusat Latihan Belia, Yangon, Rabu lalu.

Kegagalan tersebut hadir ketika satu lagi pasukan negara, Selangor ceria apabila memungut satu mata penting biar pun sekadar mengikat keputusan seri 1-1 dengan Arema Cronous (Indonesia) pada aksi perlawanan Kumpulan F di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sehari sebelum itu.

Buat Kelantan, mereka perlu bangkit mencari kemenangan apabila menanti kunjungan kelab dari Hong Kong, South China (Hong Kong) pada perlawanan kedua kempen Piala AFC di Kota Bharu pada 12 Mac ini.

Namun pengendali pasukan, Steve Darby jelas kesuntukan masa untuk membentuk kesebelasan terkuat berikutan terpaksa menanti perkembangan tiga pemain import, Mohamad Ghaddar, Francis Forkey Doe dan Mohamed Shawky yang bergelut dengan kecederaan selain perlu berdepan Lions XII FC di Stadium Jalan Besar pada 8 Mac.


TANPA IMPORT

The Red Warriors jelas beraksi dengan keadaan tempang tanpa tiga pemain import sehingga membenarkan Yangon United FC berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan sudut sukar Emerson Luiz Tito.

Penyerang tuan rumah, Kyaw Ko Ko mengukuhkan kedudukan pada minit ke-27 selepas berjaya menguis masuk bola melepasi jangkauan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat sebelum Luiz Tito menambah derita Kelantan hasil gol ketiga pada minit-minit akhir babak pertama.


HIDUP SAINGAN

Begitu pun, Kelantan kembali menghidupkan saingan apabila pemain sayapnya, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria merapatkan kedudukan 1-3 apabila menjaringkan gol dua minit sebaik babak kedua bermula.

Namun, situasi itu tidak bertahan lama apabila Ko Ko menjaringkan gol keempat pasukan mereka lima minit berselang tetapi sempat dibalas oleh Ketua Pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-63.


KAD MERAH

Kelantan terus bertambah parah apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah penyerangnya, Ahmad Shakir Md Ali dibuang pada minit ke-74 dan situasi tersebut dimanfaatkan Ko Ko apabila menjaringkan hatrik peribadi beliau pada minit ke-89.
Mohd Badhri menghidupkan sisa-sisa perjuangan Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga pasukannya pada masa kecederaan namun itu sudah terlalu lewat dan terpaksa akur dengan kekalahan 3-5 kepada wakil Myanmar itu.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan