Ronaldo Tolak Tawaran Pepsi Demi Palestin


SIAPA sangka, walaupun dirinya bukanlah penganut agama Islam, namun keprihatinan ikon Real Madrid, Cristiano Ronaldo, ini wajar diberi pujian.
Di saat penduduk Palestin di Gaza terpaksa melalui penderitaan akibat kekejaman rejim Zionis, bintang terkenal ini giat menyalurkan bantuan.
Bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah Ronaldo yang terkenal dengan panggilan, CR7, ini menolak untuk bekerjasama dengan Israel sejak dahulu lagi.
Terbaharu, Ronaldo bertindak menolak tawaran iklan televisyen komersial Pepsi, yang bernilai jutaan dolar.
Tindakan itu dibuat kerana memikirkan Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel.
“Pendirian saya tetap teguh untuk tidak memberi kerjasama kepada mereka.
“Saya tahu, Pepsi adalah salah satu produk yang menyumbang kepada tentera mereka (Israel). Dari dahulu sehingga kini, saya tetap mengatakan tidak pada mereka!,” tegasnya.
Pada tahun lalu, Pepsi mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak seluruh dunia apabila iklan produk berkenaan dilihat menghina bintang berkenaan.
Menerusi iklan berkenaan, anak patung yang menggambarkan watak Ronaldo dicucuk dengan puluhan jarum seperti upacara hitam, voodoo.
Selain itu, ada juga iklan di mana patung diikat pada landasan keretapi dengan kata-kata berbunyi, ‘Kami melepaskan Portugal’.
Pun begitu, ekoran kecaman dan kritikan, Pepsi tampil memohon maaf kepada Ronaldo Fanpage Facebook Pepsi Co. Selain daripada tawaran Pepsi, Ronaldo juga pernah menolak menukar jersinya dengan pemain bola sepak Ternyata, tindakan Ronaldo itu jelas memberi tamparan hebat buat puak Yahudi, sehingga mengecamnya.
Namun, Ronaldo yang terkenal dengan sikap tegasnya memberitahu bahawa dia tidak akan baju dengan pembunuh.
“Saya tidak akan tukar baju saya dengan ‘pembunuh’. Saya berada di bumi Palestin,” kepada media antarabangsa ketika perlawanan Dunia 2014 lalu.
Sebelum ini, ramai yang memberi tanggapan buruk kepada bekas pemain Manchester United ini dan tidak kurang juga yang menyifatkannya sebagai sombong dan angkuh.
Namun, melihat kepada penglibatan Ronaldo dalam usaha membantu rakyat Palestin, ternyata tuduhan itu tidak berasas.
Malah, dia dipandang sebagai golongan selebriti yang baik hati, berperikemanusiaan dan prihatin terhadap masyarakat yang ditindas.
Menurut Ronaldo, dia mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai sokongannya terhadap Palestin.
“Sebab utamanya ialah saya percaya kepada pembebasan Palestin.
“Selain itu, saya benci melihat anak-anak yang terpaksa menempuh kesulitan untuk meneruskan kehidupan.
“Saya mahu anak-anak kecil itu bebas daripada cengkaman keganasan dan melalui kehidupan yang lebih baik,” katanya lagi.
Jelas Ronaldo, walaupun usia kecilnya tidak seperti kanak-kanak di Palestin yang hanya menunggu masa serangan, namun hatinya tetap tersentuh melihat mereka.
“Walaupun saya dan keluarga tidak pernah berdepan dengan peperangan seperti itu, namun saya dapat merasai sedikit kesengsaraan mereka.
“Ini kerana, kehidupan saya ketika kanak-kanak sangat daif dan kami sekeluarga pernah merempat.
“Bila mengingati saat itu, hati saya tersentuh dan sangat memahami keadaan kanak-kanak di sana,” katanya.
Lelong kasut kumpul dana
Sebenarnya, penglibatan Ronaldo dalam usaha membantu penduduk Palestin bukanlah setahun dua.
Malah, Ronaldo dikatakan pernah mengunjungi negara itu pada 2005 dan 2007.
Pada 2011, pemain bola sepak terkenal ini pernah memberikan kasut emas yang diraih pada tahun berkenaan kepada kelab lembaga amalnya.
Malah, ketika itu, Ronaldo memberitahu nilai penjualan kasut emasnya itu sepenuhnya disalurkan demi membantu anak-anak Palestin.
Menerusi laman sosial antarabangsa, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo sehingga RM6 juta.
Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang telah musnah ketika serangan terdahulu.
Pada 20 November tahun yang sama, Ronaldo menjual kasutnya dalam satu jualan lelong Real Madrid Foundation dengan mendermakan dana ke sekolah-sekolah di Gaza.
Lelongan kasut-kasut sukannya itu dapat membantu Palestin membina lapan sekolah di wilayah Palestin.
Sehingga kini, Real Madrid Foundation telah membantu membina 167 sekolah dalam 66 negara.
Terima kecaman hebat
Sokongan Pemain Terbaik Dunia 2008 ini tidak terhenti di situ apabila dia secara terang-terangan menzahirkan sokongan terhadap Palestin dengan mengenakan skarf Palestin dalam sebuah majlis.
Tindakannya itu mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada media barat yang bersekutu dengan Yahudi.
Akibatnya, Ronaldo terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk tuduhan malah pihak berkenaan seakan memusuhinya dengan menceritakan segala keburukan bintang ini di laman-laman sosial.
Dalam kalangan yang mengecam, ada juga media yang menyokong dan menyifatkan tindakan bintang itu sebagai bentuk kemanusiaan. –credit  Sinar Harian Online -sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan