Wan Zack sedia untuk penampilan sulung berdepan Kedah


PEMAIN sayap The Red Warriors, Wan Zack Haizal Wan Noor memberi isyarat kepada pengendali pasukan, George Boateng betapa dia kini bersedia untuk membuat penampilan sulung berdepan Kedah, pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia, 3 Oktober nanti.

Wan Zack Haikal berkata, tahap pemulihan kecederaannya menunjukkan perkembangan positif dan kemungkinan besar dia hanya memerlukan satu lagi siri ujian isokinetik bagi mengesahkannya boleh beraksi untuk tempoh 90 minit.

 Menurut pemain berusia 23 tahun itu, dia kini berada di bawah pengawasan rapi fisioterapi pasukan bagi memastikan kecederaan lutut kanan yang membelenggunya sejak 10 bulan lalu, kembali sembuh dalam masa yang ditetapkan.

“Secara peribadi, saya rasa sudah bersedia untuk turun bermain tetapi segala-galanya bergantung pada keputusan jurulatih (George Boateng) yang menilai prestasi semasa saya bersama pasukan ini.

 “Mengikut ujian sebelum ini, hanya 65 peratus sahaja (boleh bermain) tetapi kini sudah mencapai 80 peratus. Saya tahu, peminat Kelantan sentiasa menunggu untuk melihat saya bermain, sejak empat bulan lalu,” katanya, semalam.

Pemain kelahiran Maran, Pahang itu bagaimana pun mengakui mungkin sukar baginya mencapai prestasi sebenar dalam tempoh yang singkat dan berharap penyokong fanatik gergasi Pantai Timur itu tidak meletak harapan terlalu tinggi kepadanya.  

“Saya perlukan masa untuk mendapatkan kembali rentak permainan dan ia bukan satu perkara mudah yang peminat boleh dilihat dalam satu perlawanan sahaja. Saya cuma mahu peminat tidak kecewa dengan aksi saya sulung nanti," katanya.

 Dalam perkembangan lain, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengatur satu perlawanan persahabatan pertemuan skuad Piala Malaysia mereka menentang pasukan Piala Presiden di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.-sinar Harian
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan