Kata dua untuk Darby



BAHANG tekanan semakin dirasakan Ketua Jurulatih Kelantan, Steve Darby setelah pasukannya tersungkur lagi, kali ini tewas 1-2 kepada Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Ipoh, malam kelmarin.

Terbaharu, Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) Kota Bharu, tampil memberi kata dua kepada pengendali dari England itu sama mengubah percaturan taktikal atau melepaskan jawatan ‘kerusi panas’ yang disandang beliau ketika ini.

Presidennya, Mohd Zainy Mohd Zain berkata, penyokong setia gergasi pantai timur itu sudah hilang sabar dengan tindakan Darby menggunakan formasi 3-5-2 yang langsung tidak sesuai diaplikasikan terhadap pasukan Kelantan.

“Bukan kata sistem ini tidak lagi relevan pada masa sekarang, ia masih boleh digunakan tetapi bukan untuk Kelantan. Percaturan ini memenatkan semua pemain kerana terbukti Kelantan tidak mampu menangkis serangan balas pantas yang dilakukan pasukan lawan.  

“Darby harus sedar, Kelantan tidak mempunyai pemain sayap yang mempunyai stamina tinggi dan mampu berlari sepanjang masa untuk turun ke bawah membantu benteng pertahanan setiap kali pasukan ini diasak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Zainy turut menganggap tindakan Darby yang menyalahkan permukaan tidak rata padang Stadium Sultan Muhammad IV sebagai satu alasan untuk menutup kepincangannya menerapkan gaya permainan menarik pasukannya.


Mohd Zainy Mohd Zain
Mohd Zainy Mohd Zain



“Dahulu pun Bojan Hodak dan B Satiananthan (kedua-dua bekas jurulatih Kelantan) pernah menyuarakan masalah sama tetapi Kelantan masih mampu menunjukkan persembahan yang baik menerusi corak permainan hantaran pendek,” katanya.

Menurutnya, juara bertahan Piala FA itu akan terus dihukum selagi terus menggunakan sistem berkenaan kerana corak permainan hantaran jauh yang diterapkan Darby jelas memerangkap diri sendiri.

“Daripada empat perlawanan Liga Super dan satu aksi Piala FA yang diharungi setakat ini, Kelantan hanya mencatatkan tiga kemenangan dan itu pun bersandarkan faktor nasib semata-mata. Peminat boleh menerima kekalahan asalkan corak permainan pasukan ini tidak buruk seperti sekarang,” katanya.

Tambahnya, sekiranya jurulatih berusia 59 tahun itu terus ‘berdegil’ dengan perancangannya, beliau percaya penyokong setia TRW akan menjauhkan diri daripada memenuhi stadium keramat mereka sedikit masa lagi.

“Kita tidak boleh menyalahkan penyokong jika mereka tidak mahu datang ke stadium. Mereka membayar tiket dengan harga yang mahal tetapi disajikan dengan mutu persembahan amat mengecewakan,” katanya
.-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan