Harimau Malaya tanggung akibat



KUALA LUMPUR - Mungkinkah Harimau Malaya selepas ini terpaksa bermain di gelanggang berkecuali atau beraksi tanpa kehadiran sebarang penonton?
Demikian dua realiti yang berkemungkinan di­terima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Setiausahanya, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan pihaknya telah menerima surat pertuduhan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Khamis lalu.

Semuanya gara-gara tindakan liar para penyokong `Ultras Malaya’ yang membaling suar, bunga api dan bom asap semasa perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Filipina, 1 Mac di Stadium Selayang yang mengakibatkan perlawanan dihentikan selama lapan minit.

FAM yang dikenakan surat pertuduhan di bawah tiga pertuduhan artikel berbeza dan hanya diberikan tempoh masa sehingga hari ini oleh AFC bagi menjawab pertuduhan yang dikenakan.
"Surat daripada AFC saya baru pada petang hari Khamis lepas dan sekurang-kurangnya esok kita kena balas namun saya akan cuba minta penangguhan daripada pihak mereka.

"AFC telah mengeluarkan surat pertuduhan selepas mendapat laporan daripada komisioner perlawanan terhadap perlawanan itu kerana ia adaah perlawanan persahabatan berkelas A dan di dalam surat ada menyatakan yang kita akan didakwa di bawah Artikel 65,66 dan 67.
"Di bawah ketiga-tiga artikel ia menyebut atas dakwaan pengurusan perlawanan yang menjurus kepada sikap dan keganasan yang dicetuskan oleh penonton apabila membaling bunga api, mercun dan bom asap sehingga permainan terpaksa dihentikan, " katanya ketika dihubungi, semalam.
Jelas Hamidin, terdapat beberapa hukuman boleh dikenakan sekiranya AFC mendapati FAM selaku penganjur perlawanan berkenaan didapati bersalah.

"Hukuman itu boleh datang dalam pelbagai bentuk iaitu antaranya penggunaan stadium di tempat sendiri boleh digantung dan jika ada sebarang kejohanan, kita terpaksa bermain di tempat berkecuali.
"Buat masa ini, tiada denda disebut dalam pertuduhan namun terpulang kepada Jawatankuasa Tatatertib AFC jika mahu mengenakan denda jika dirasakan perlu, " katanya.
Aksi Malaysia dan Filipina pada 1 Mac lalu terpaksa dihentikan di minit ke-31 selepas para penyokong Ultras membaling bom asap dan mercun sebagai tanda memprotes terhadap Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang telah mentadbir badan induk bola sepak itu selama 30 tahun.

Apa yang dilakukan oleh Ultras itu mendapat perhatian seluruh negara dan teguran daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selain Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia menyelesaikan persete­ruan anrara kedua-dua pihak.
Namun, beberapa wakil Ultras yang ditemui berhasrat tidak mahu menemui pihak FAM dan berjanji akan meneruskan perjuangan selagi tiada perubahan drastik di FAM.

sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan