Kafa kemukakan rayuan


PERSATUAN  Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung pemotongan satu mata setelah didapati bersalah menurunkan pemain yang digantung, Mohd Fitri Omar dalam perlawanan Liga Super menentang Terengganu pada 29 Mac lalu.

Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, kemungkinan besar Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM tidak mendapat penjelasan lanjut mengenai tindakan Kelantan menurunkan bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dalam perlawanan tersebut.

“Akhbar melaporkan Kelantan menurunkan pemain yang digantung. Sedangkan kita sendiri tak tahu, Terengganu tak tahu dan pengadil pun tak tahu. Dalam sistem bola sepak, sebelum sepak mula jam 8.45 malam, pada jam 6 petang ada mesyuarat melibatkan kedua-dua pasukan.

“Masing-masing kena bentangkan nama pemain, untuk pastikan ada pemain yang betul kena gantung. Kalau kita tak tahu, pasukan lawan kena tahu, pengadil atau pun komissioner perlawanan pun patut tahu. Ramai orang berada dalam mesyuarat itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Timbalan Pengerusi JKPT FAM, Datuk Osman Salleh pada sidang media baru-baru ini mengumumkan Kelantan didapati bersalah menurunkan pemain yang digantung dan memutuskan Terengganu diberikan kemenangan 3-0 dalam perlawanan tersebut.

Menurutnya, Kelantan tidak akan sewenang-wenangnya menurunkan Mohd Fitri dalam perlawanan tersebut sekiranya mereka mengetahui pemain berkenaan dikenakan hukuman penggantungan.

“Tapi tak ada seorang pun beritahu. Takkan kita hendak senaraikan dia, main berhempas pulas, habis duit bayar hotel dan beraksi 90 minit semata-mata hendak dapatkan satu mata. Akhbar tulis menurunkan pemain digantung, itu tak betul dan memburukkan nama Kelantan,” katanya.
Tambahnya, pihak pengurusan ATM tidak memaklumkan secara hitam putih menyatakan Mohd Fitri sudah pun mengumpul dua kad kuning ketika pemain berkenaan didaftarkan dengan Kelantan sebelum pintu pendaftaran kedua pemain tempatan berakhir, baru-baru ini.

“Dalam rekod kita, dia baru dapat satu kad (ketika lawan Johor Darul Ta’zim), sebab itu kita turunkan dia. Dalam peraturan menyatakan sebarang bantahan kena buat selepas 48 jam selepas perlawanan.

“Dalam tempoh itu, Terengganu tidak buat bantahan. Apabila lawan ATM (5 April), betul peraturannya, ketika bentangkan nama, mereka kata Mohd Fitri ada dua kad kuning (bersama ATM) dan satu dengan Kelantan, jadi kita ambil keputusan tepat tidak menurunkan dia,” katanya-.credit SH

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan