Annuar yakin Darby mampu julang Kelantan

Tan Sri Annuar Musa

KOTA BHARU - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yakin kehadiran bekas jurulatih Perak, Steve Darby mampu melonjakkan prestasi skuad 'The Red Warriors' dalam menghadapi saingan Liga Malaysia 2014.   

Beliau berkata Darby memerlukan lebih banyak perlawanan persahabatan bagi membentuk kombinasi terbaik antara pemain.

"Jurulatih baru nak kenal pemain jadi saya fikir kita beri peluang dulu kepada Steve (Darby) untuk mengenali pemainnya dan saya nampak sekarang dia lebih bersedia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ditanya mengenai prestasi hambar Kelantan dalam beberapa perlawanan persahabatan, Annuar berpendapat Kelantan belum menurunkan barisan terkuat pada perlawanan persahabatan sebelum ini.

"Kelantan masih belum menurunkan skuad utama kita kerana semua pemain import diberi cuti dan mereka tidak pernah beraksi lagi sehingga sekarang.

"Dua minggu terakhir ini amat penting bagi Kelantan untuk memantapkan keserasian pemain, Oleh itu saya difahamkan beberapa perlawanan persahabatan diaturkan dengan Perlis dan sebuah kelab dari Thailand untuk memastikan Kelantan bersedia untuk perlawanan pertama liga," katanya.

Pada masa yang sama, beliau yakin kehadiran beberapa pemain import berkualiti mampu memperkuatkan jentera pasukan berkenaan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2014.

"Kombinasi Mohammad Shawky, Mohammad Ghaddar dan Francis Forkey Doe adalah membentuk tulang belakang pasukan untuk musim ini," katanya. -sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan