Berita gembira itu dikongsi Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex, selepas sidang media Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di TRW Café dekat Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, semalam.
Apex yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya ke-25 semalam, berkata, dia gembira apabila isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 23, hanya menunggu masa melahirkan bayi mereka.
“Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini menyerikan lagi keluarga kami," katanya.
Apex juga mengharapkan tahun ini lebih bermakna buatnya bersama isteri dengan perancangan mengeluarkan produk penjagaan diri.
Tambahnya, mereka akan berusaha memperkenalkan dan mempromosikan produk penjagaan diri 'Kaylena Beaute' pada pertengahan tahun ini.
“Dalam karier pula, saya harap The Red Warrior (TRW) membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala dalam Liga-M 2014 dan harap semuanya berjalan lancar,” katanya..-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan