Ghaddar, Forkey Doe Tak Ngam



SIKAP mementingkan diri sendiri ketika beraksi di padang masih lagi membelenggu penyerang import The Red Warriors, Mohammed Ghaddar sekali gus menggambarkan perangai lamanya belum berubah.

Jelas, aksi Mohammed Ghaddar mengundang rasa kurang senang seorang lagi penyerang import, Francis Forkey Doe yang dilihat bertikam lidah dengan penyerang kebangsaan Lubnan itu dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Piala Presiden Kelantan dua hari lalu.

Malah tindak-tanduk Mohammed Ghaddar yang terlalu menunjukkan kebolehan sendiri bertentangan dengan semangat berpasukan dimiliki Forkey Doe, yang dilihat kecewa sehingga minta dikeluarkan sebelum babak pertama perlawanan itu berakhir.  

Namun pengendali Kelantan, Steve Darby bingkas menepis persepsi buruk itu sambil menganggap pertelingkahan melibatkan kedua-dua pemain tersebut hanya perkara kecil memandangkan mereka perlu bersaing untuk merebut tempat dalam pasukannya.

“Selaku penyerang, Mohammed Ghaddar dan Forkey Doe mempunyai kelebihan tersendiri. Mohammed Ghaddar mungkin terlalu ghairah untuk menunjukkan kemahiran individu dalam perlawanan ini.

“Ini merupakan satu perkara normal yang berlaku dalam bola sepak. Insiden seperti ini adalah lumrah dan boleh berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia,” katanya semalam.

Pada aksi persahabatan itu, anak buah jurulatih kelahiran England itu sekadar mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas skuad kendalian Sideek Samsudin menerusi jaringan pemain import Mohamed Shawky dan Tengku Hasbullah Raja Hassan.  

Dalam pada itu, Darby menyifatkan pertemuan menentang skuad Liga Premier, Perlis di Kota Bharu malam ini cukup penting buat beliau menilai kesebelasan terbaik pasukannya biar pun gagal menurunkan tonggak pertahanan dari Nigeria, Obinna Nwaneri.

“Nwaneri hanya tiba di Kota Bharu hari ini (semalam). Sudah pasti saya tidak bersedia untuk menurunkan dia malam esok (ini) tetapi harap dia boleh beraksi pada 11 Januari nanti(menentang Phattalung FC)," katanya...-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan