Justin Bieber Terlibat dengan Dadah

Foto

Los Angeles: Justin Bieber diramal bakal mengikuti jejak Raja Pop Michael Jackson jika penyanyi remaja Kanada itu gagal mengubah dirinya.
Bekas pengurus rumah Bieber, Tatiana Voziouk semalam mendedahkan bagaimana pengambilan dadah sejak setahun lalu mengubah penyanyi terbabit menjadi “mayat hidup.”
Tatiana berkata, Bieber, 19, dan rakannya sengaja menempah maut dengan meminum koktel berbahaya diperbuat daripada ubat batuk dan soda dikenali sebagai “sizzurp.” 

Tatiana berkata, dadah dan ganja benar-benar mengubah Bieber.

“Saya amat bimbang dia akan menjadi seperti Michael Jackson.
“Ia cukup menyedihkan. 

“Saya mendedahkan perkara ini sekarang kerana saya mengambil berat mengenai Bieber,” katanya.

Tatiana, 47, berkata ganja dihantar ke kediaman bintang itu di Los Angeles oleh syarikat pembekal tempatan yang kononnya membekalkan ubat-ubatan. 

Dia mendakwa menyaksikan Bieber mengambil dadah ketika mengadakan parti di rumahnya bersama beberapa rakan. 

“Di dapur sentiasa ada botol ubat batuk yang mengandungi kodeina tetapi saya tidak pasti apa lagi yang ada. 

“Ada juga minuman ringan bersama ubat batuk itu.

“Saya diarah tidak menyentuh botol berkenaan,” katanya. 

Menurut Tatiana lagi, syarikat pembekal ubat biasanya akan menghantar ubat-ubatan.

“Ganja juga ada dalam bentuk biskut, lolipop dan gula-gula dan bahan berkenaan selalu ada di rumah itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dakwaan Tatiana itu dibuat hanya beberapa hari selepas Bieber ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan melawan ketika cuba ditahan atas dakwaan mengadakan perlumbaan kereta di lebuh raya.

Dia ditahan ketika berlumba dengan Lamborghini kuningnya melawan penyanyi rap yang juga rakannya, Khalil Sharieff, 19, yang memandu Ferrari merah di Miami, Florida pada awal pagi Khamis.

Bieber mengaku mengambil ganja, dadah dan alkohol sebelum didakwa. Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$2,475 (RM8,253).-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan