KAFA mahu kerjasama dengan PBNJ


KOTA BHARU - Usaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) melakukan transformasi dalam aspek pembangunan sukan bola sepak di negeri itu wajar dijadikan panduan.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha yang dilakukan oleh PBNJ sejak setahun lalu telah berjaya mengangkat kembali martabat bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Saya menyatakan kekaguman di atas apa yang sedang diusahakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika ini.
"KAFA telah melakukan banyak usaha tetapi saya berdepan banyak kekurangan. Saya nampak JDT memang layak menjadi negeri contoh.
"Bagaimana keinginan Tunku Ismail (memajukan bola sepak) sama juga seperti saya, tetapi mereka (PBNJ) mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan, syarikat swasta dan masyarakat. Itu membolehkan PBNJ mempunyai satu rancangan cukup menarik dan wajar diikuti negeri lain," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengulas mengenai pertemuan antara beliau dengan Presiden PBNJ itu di Istana Pasir Pelangi pada 18 Disember lalu.
Annuar memberitahu, pertemuan tersebut bagi membincangkan hal berkaitan bola sepak dan ia memberi impak yang cukup positif.
Katanya, beliau akan mengesyorkan kepada Tunku Ismail untuk membolehkan satu kerjasama diwujudkan antara KAFA dengan PBNJ termasuk menganjurkan seminar pengurusan serta pentadbiran bola sepak melibatkan kedua-dua pihak.
"Saya telah minta satu firma yang terlibat dalam pengurusan sukan untuk bekerjasama dengan dengan JDT dan saya akan sembahkan kertas kerja kepada Tunku Ismail. Banyak negeri mempunyai fasiliti tetapi pengurusan mereka tidak begitu baik," ujarnya.
Annuar berkata, beliau tertarik dengan pembangunan prasarana dilakukan PBNJ dengan menaik taraf kemudahan di Stadium Larkin bagi memenuhi standard bola sepak dunia.
"Di Kelantan kita sendiri pun tak ada padang latihan rasmi. Hanya sekali sekala menyewa padang stadium (Stadium Sultan Muhammad IV) itu pun masih tidak memenuhi piawaian bola sepak antarabangsa..-sumber



Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan