Marsha Milan Sedia Dikritik aksi Berkemban



Penyanyi dan pelakon Marsha Milan menjelaskan dia sudah sedia untuk dikritik apabila tampil menjayakan watak Ayu dalam filem terbarunya, 'Laga'. 


Filem arahan pengarah Ismail Yaakob itu menampilkan Marsha menjayakan beberapa babak yang memerlukan Marsha berkemban dan ada sebuah babak yang menampilkan Marsha melakonkan aksi ranjang bersama Wan Hanafi Su.
Aksi ranjang 'panas' pelakon Marsha Milan
“Sejujurnya, apabila saya menjejakkan kaki ke set penggambaran filem tersebut, saya sudah bersedia untuk dikritik. Apabila saya memutuskan untuk berlakon dalam filem ini, ada yang memberikan persepsi negatif, malah ada juga yang memberikan respon positif. 



Apapun, saya mengambil semua pandangan dengan hati terbuka dan menjadikan perkara tersebut sebagai satu dorongan untuk saya perbaiki mutu lakonan saya pada masa akan datang,” jelas pengacara rancangan Propaganza ini.



Filem Laga merupakan filem kesepuluh yang dibintangi oleh Marsha. Tambah Marsha, masih ada beberapa filem lakonannya belum menjengah ke pawagam. Selain berdebar menantikan tayangan ‘Laga’ di pawagam pada 23 Januari ini, Marsha juga menyatakan dia berasa terujanya kerana sudah menunggu selama dua tahun.

Dalam perkembangan lain, Marsha bakal memasuki studio rakaman di pertengahan bulan ini untuk merakamkan satu lagu duet bersama seorang penyanyi lama. Marsha juga sedang menjalani penggambaran drama untuk siaran RTM berjudul ‘Buih-Buih Cinta’.


Selain itu, Marsha juga sedang dalam perbincangan bersama dengan pengarah Michael Ang bagi membintangi satu program televisyen yang berkonsepkan seperti program realiti terkenal barat, Keeping Up With The Kardashians. 



Bakal bergandingan dengan rakan baiknya, pelakon Sharifah Sakinah, program tersebut bakal mengupas apakah aktiviti yang dilakukan oleh mereka selain daripada kerjaya mereka dalam bidang seni.



“Saya tidak takut program itu terlalu mendedahkan  kehidupan peribadi saya kerana program ini tidaklah terlalu terikut dengan program yang disiarkan di Hollywood. Program itu akan mengikut acuan Malaysia dan peminat kami akan mengetahui apakah perkara yang kami buat selain daripada berlakon,” ujar Marsha mengakhiri perbualan.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan