Nora Danish lebih utamakan restu




Bagi wanita jelita ini, tiada apa yang lebih penting selain restu orang tua dalam setiap perhubungan yang dijalinkan. Malah, dia sanggup memutuskan sesebuah hubungan cinta andainya tiada restu diperoleh daripada ibu atau bapa pasangannya.

Justeru, dia menafikan apabila ada yang bertanya mengenai kewujudan khabar angin mengatakan kononnya orang tua Nedim, lelaki yang ketika ini begitu intim dengannya, tidak memberikan restu terhadap perhubungan mereka berdua.


Ditemui pada majlis pelantikan dirinya sebagai duta produk kecantikan Sure White di ibu negara baru-baru ini, Nora Danish menegaskan, dia tidak teragak-agak untuk menamatkan sesebuah hubungan, walau sekuat mana sekalipun ikatan yang tercipta, jika tidak disukai orang tua. 



Saya seorang yang amat mementingkan restu keluarga. Sekiranya keluarga Nedim tidak merestui hubungan kami, pasti saya akan tamatkan hubungan ini walaupun ia adalah cinta maut sekalipun. 

Jika cerita kononnya hubungan kami tidak direstui benar, pasti Nedim dan saya sudah dimaklumkan mengenai hal ini. Kalau mereka tidak restu, pasti kami akan putus.

Kesal didakwa pilih VIP saja

Saya tahu, mungkin disebabkan status saya sebagai ibu tunggal, maka wujudlah cerita seperti ini. Begitupun setakat ini, keluarga Nedim melayan saya dengan baik. Mereka sangat baik hati dan merendah diri, sama seperti keluarga Jejai (bekas suami). Saya pernah berjumpa dengan keluarganya dan mereka amat baik. Saya bersyukur kerana dikelilingi oleh golongan berstatus tinggi, tetapi baik hati, katanya. ,,-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan