Tahu rahsia Sarawak

Tahu rahsia Sarawak

RAHSIA kekuatan Sarawak berada dalam genggaman The Red Warriors (TRW) menjelang pertemuan sengit kedua-dua pasukan pada aksi saingan Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya malam ini.

Pengendali pasukan, Steve Darby  berkata kunjungan beliau secara senyap-senyap ke Kuching, Selasa lalu bagi menyaksikan pertemuan Bujang Senang menentang Pulau Pinang pada perlawanan pusingan pertama Piala FA membolehkannya mengintip corak permainan lawan itu.

“Memang saya pergi ke sana (Kuching). Saya sudah mendapat gambaran sebenar mengenai kekuatan pasukan ini. Kemampuan Sarawak beraksi selama 120 minit (ketika bertemu Pulau Pinang) membuktikan pasukan yang mempunyai pemain standard tinggi.

“Saya sedar situasi itu (kekuatan Sarawak) dan kami melipat gandakan latihan sebelum berlepas ke Kuching.  Apa pun, saya mempunyai perancangan bagaimana mahu memastikan Kelantan meraih tiga mata,” katanya, semalam.
Namun, sejauh mana keyakinan Darby memastikan misi memburu tiga mata dicapai di tempat lawan, diterjemahkan apabila beliau memberitahu anak buahnya ada kelebihan kerana mempunyai rehat selama seminggu sedangkan juara Liga Premier musim lalu itu, berdepan dua perlawanan getir dalam tempoh tersebut.

“Bermain 120 minit memberi kesan kepada prestasi sesebuah pasukan. Alberts mungkin tahu apa yang dilakukan tetapi saya perhatikan ramai pemain Sarawak cedera berbanding kami hanya seorang (Mohamed Shawky Aly),” katanya.

Jurulatih kelahiran England itu memberitahu, skuad kendalian Robert Alberts mempunyai empat pemain import yang cukup bagus seperti penyerang, Alireza Abbasfard dari Iran, Milorad Janjus (Serbia), Gapor Gyepes (Hungary) selain Muamer Salibasic (Bosnia Herzegovina).

“Mereka mempunyai fizikal badan menarik dan ia tugas sukar buat pemain saya merantai pergerakan mereka. Salibasic tidak diturunkan tempoh hari dan saya percaya jurulatih mereka menyimpan pemain ini bagi menghadapi Kelantan,” katanya
.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan