Apex: The Red Warriors tak boleh tewas

Apex

"SEBAGAI juara bertahan, kami tidak boleh tewas kepada Sabah.” Itu kata, Penolong Ketua Pasukan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang bertekad memastikan kemenangan menjadi milik pasukannya pada pertemuan pusingan kedua Piala FA menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam esok.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali panggilan Apex berkata, dia mahu melupakan kesilapan melepaskan gol mudah yang menyaksikan Kelantan tewas 1-2 kepada PKNS FC dalam saingan Liga Super minggu lalu dan menjadikan Sabah sebagai mangsa kebangkitan pasukannya.

“Pertemuan menentang Sabah malam esok merupakan perlawanan kalah mati bagi kedua-dua pasukan. Ini perlawanan pertama Kelantan dalam saingan Piala FA dan kami tidak boleh kalah kerana laluan untuk mempertahankan kejuaraan harus bermula dengan menewaskan pasukan itu.

“Sebagai penyandang juara, tekanan sentiasa diletakkan pada pasukan ini tetapi saya ambil perkara itu sebagai suntikan motivasi untuk Kelantan mara lebih jauh. Kami tidak boleh jadikan tekanan itu satu penghalang untuk ke peringkat suku akhir,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagi merealisasikan misi wajib menang ke atas Sabah, penjaga gawang The Red Warriors itu jelas mengharapkan rakan sepasukannya meminimumkan kesilapan pada pertemuan menentang pasukan dari Kepulauan Borneo itu.

“Kesilapan sentiasa ada dalam bola sepak. Itu tidak boleh elakkan tetapi saya percaya kami boleh mengurangkannya pada pertemuan dengan Sabah nanti. Insya ALLAH, jika kami dapat mengatasi masalah tersebut, Kelantan tidak berdepan masalah untuk mengalahkan mereka,” katanya.

Begitu pun tegasnya, laluan sukar menanti Kelantan apabila melayan kunjungan Sabah di Kota Bharu memandangkan skuad kendalian Seslija Milomir itu pasti berusaha memburu kemenangan setelah tewas dalam dua perlawanan Liga Premier sebelum ini.

“Kami sendiri pun tidak tahu kekuatan atau kelemahan mereka. Dua kekalahan awal itu mungkin tidak menggambarkan keupayaan sebenar Sabah. Jurulatih mereka pasti akan merangka strategi tersendiri untuk menafikan kemenangan kami malam esok,” katanya.

Apex yang tidak ikut serta ke Brunei ketika Kelantan mengikat keputusan seri tanpa jaringan dengan Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) FC pada aksi persahabatan tiga hari lalu, turut menagih sumbangan lebih daripada Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Farisham Ismail setelah mereka mendapat rehat yang mencukupi sebelum pertemuan malam esok
.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan