EKSLUSIF! 3 Gambar Sebelum & Selepas Ajai Bina Hidung Baru

Kuala Lumpur: “Saya buat pembedahan hidung bukan sebab obses dengan kecantikan tapi atas dasar kesihatan,” jelas komposer dan penyanyi, Ajai mengenai dakwaan dia melakukan pembedahan hidung untuk kelihatan lebih mancung dan menarik.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Aduh itu dikatakan melakukan pembedahan meletakkan batang hidung baru di sebuah hospital swasta baru-baru ini bagi menyerlahkan lagi bahagian hidungnya.


sebelum


selepas

Ketika ditemui di Balai Berita semalam, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 40, berkata, desas-desus itu tidak benar kerana pada hakikatnya pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana masalah sinus kronik yang dialaminya beberapa bulan lalu.

“Bukan saya buat hidung baru tapi pembedahan itu dilakukan sebab saya memang sakit. Sinus saya bertambah teruk dan menjangkiti bahagian telinga kiri dan batang hidung saya.

“Bayangkan, akibatnya bahagian batang hidung saya terpaksa dibuang dan digantikan dengan batang palsu. Atas nasihat doktor, kalau saya tak buat, ia akan menjejaskan pendengaran saya.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan