Penyokong TRW optimis mara ke final

Kota Bharu: Keyakinan penyokong terhadap Kelantan mara ke pentas final semakin meningkat selepas beraksi cemerlang menewaskan Kedah dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat lalu.
Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) Mohd Zaini Mohd Zain berkata, corak permainan Kelantan pada suku akhir pertama itu menarik minat lebih 10,000 penyokong yang hadir di stadium.
Katanya, pihaknya yakin dengan kemampuan jurulatih George Boateng untuk menerajui Kelantan ke pentas akhir melalui teknik berkesan diserapkan kepada pemain.
“Kami sebagai penyokong memang mengharapkan aksi terbaik setiap perlawanan.
Sekiranya Kelantan dapat kekalkan prestasi cemerlang ini, keyakinan penyokong untuk ke stadium memberikan sokongan pasti bertambah.
“Kami akan tetap memberikan dorongan dan sokongan bagi melihat pasukan kami ini berjaya mengembalikan kegemilangan yang pernah dikecapi musim lalu,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Zaini menganggap kemenangan pada suku akhir pertama itu hadiah sempena tamatnya 30 bulan tempoh penggantungan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, Sabtu lalu.
“Kami harap beliau akan kembali membawa kemajuan kepada bola sepak Kelantan selain terus lantang memperjuangkan kemajuan bola sepak negara demi kebaikan bersama,” katanya.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan