Farawahida bakal melangkah ke gerbang perkahwinan




GERANGAN identiti lelaki yang selama ini bertakhta di hati Farawahida Razali, 28, lebih lapan tahun lama akhirnya bukan lagi teka teki. Penyanyi itu bersedia untuk mendedahkan siapa bakal suaminya.
Biarpun dihujani dengan pelbagai spekulasi, gosip cinta lapuknya sebelum ini dan cerita kurang enak terhadapnya, Farawahida menegaskan keputusan itu adalah tepat pada masanya.
Lagi pun Farawahida bakal melangkah ke gerbang perkahwinan bersama Abdul Shukur Mohd. Zain, 29, di Taiping, Perak, esok (Isnin, 16 Disember 2013).
“Alhamdulillah. Semua dugaan bakal berakhir. Esok hari penting saya. Sekarang dah tak ada apa lagi yang nak disembunyikan," syukurnya pada perbualan malam Rabu lalu.
Lebih mengutamakan persediaan mental memikul tanggungjawab isteri kepada ahli perniagaan dalam bidang kesihatan dan hartanah itu, Farawahida juga merancang kehidupan baharu selepas ini.
Biarpun berlainan bidang kemahiran, penyanyi lagu Jangan Tanya Aku Lagi ini tidak mahu merosakkan kepercayaan yang diberikan Shukur kepadanya selama ini.
Mengakui Shukur adalah lelaki yang menjadi tunjang belakang sewaktu dia patah semangat berdepan dengan dugaan sebagai anak seni, itu yang membuatkan hati Farawahida semakin tertawan kepadanya.
Menyifatkan tempoh lapan tahun sudah cukup untuk menyandar kepercayaan kedua-dua pihak, Farawahida turut berharap perkahwinan yang dibina bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Susah nak jumpa orang yang sanggup terima kekurangan kita. Beri sokongan sewaktu kita susah hati. Abang (Shukur) adalah orang yang cukup setia dalam bab-bab ini.
“Dia orang yang penyabar dan sangat matang," kata Farawahida yang turut terpikat dengan sifat Shukur yang menghormati kedua orang tuanya, Razali Noordin, 65, dan Sobariah Abdul Razak, 51.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan