Shasha kini isteri sah Safee Sali

Safee Sali selamat nikahi Shasha

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safee Sali selamat bernikah dengan pasangan seorang wanita dari seberang pagi ini.

Khabar gembira itu dikongsikan menerusi Facebook rasmi SafeeSali_10 Official.

Sebelum ini gosip bertebaran mengatakan Safee bakal bernikah dengan wanita yang dikenali dengan nama Shasha, seorang warganegara Indonesia, apabila kad perkahwinan mereka tersebar di internet.  

Majlis persandingan di pihak lelaki akan diadakan pada 28 Disember di Bidor, Perak.

Safee sebelum ini pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada 2012.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan