Tonggak import jadi penentu




BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meramalkan tonggak import bakal menentukan hala tuju skuad The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Annuar berkata, kombinasi yang dibentuk antara Mohammad Shawky, Mohammad Ghaddar dan Francis Forkey Doe bakal menjadi tunjang kekuatan pasukan untuk mengharungi saingan Liga M yang akan bermula pada 17 Januari ini.
"Soal keserasian saya fikir ia tak menjadi masalah kerana mereka pernah beraksi bersama-sama ketika mewakili Kelab Mesir, Al-Ahly pada tahun 2010.
"Malah saya yakin dan percaya mereka bakal mencongak kekuatan pasukan selain membentuk gandingan mantap bersama pemain tempatan musim ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, kehadiran Steve Darby yang menggantikan Bojan Hodak juga dilihat mampu melonjakkan prestasi The Red Warriors dalam menghadapi saingan liga.
Annuar memberitahu, Darby memerlukan lebih banyak aksi persahabatan bagi membentuk kombinasi terbaik antara pemain
"Jurulatih baru nak kenal barisan pemain, jadi saya fikir kita perlu memberikan masa dan peluang dulu kepadanya. Saya nampak sekarang dia lebih bersedia," ujarnya.
Ditanya mengenai prestasi hambar Kelantan dalam beberapa perlawanan persahabatan, Annuar berpendapat bahawa skuad tersebut belum menurunkan barisan terkuat dalam aksi tersebut.
"Kelantan masih belum menurunkan skuad utama kerana semua pemain import diberikan cuti. Mereka tidak pernah beraksi lagi sehingga sekarang.
"Dua minggu terakhir ini amat penting bagi Kelantan untuk memantapkan keserasian dalam kalangan pemain.
"Oleh itu, saya difahamkan beberapa perlawanan
persahabatan telah diaturkan dengan Perlis dan sebuah kelab dari Thailand untuk memastikan Kelantan bersedia untuk perlawanan pertama liga," katanya.
Sementara itu, beliau berkata jersi The Red Warriors yang akan dilancarkan pada 15 Januari ini ditaja oleh dua syarikat berasingan iaitu Umbro dan Warriors.
"Jersi jenama Warriors akan dilancarkan di Kota Bharu manakala jersi jenama Umbro untuk piala AFC belum diputuskan, tetapi mungkin di Kuala Lumpur," katanya...-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan