Kelantan akan mati-matian pertahan kelebihan



KOTA BHARU - Penyandang juara, Kelantan akan bermati-matian untuk mempertahankan kelebihan gol yang dimiliki apabila menentang PKNS dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Kapten The Red Warriors, Mohd. Badhri Radhzi berkata, mereka sedar berdepan PKNS bukan satu tugas yang mudah, justeru dia menyeru rakan-rakan sepasukan agar meneruskan momentum kemenangan sebagaimana yang ditampilkan dalam dua perlawanan sebelum ini iaitu Liga Super dan Piala FA.
"Seboleh-bolehnya saya mahu perlawanan itu ditamatkan dalam tempoh 90 minit.

"Begitupun kita perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan (bermain dalam masa tambahan). Berdepan PKNS bukanlah tugas mudah dan mereka pasti akan bermain mati-matian dalam usaha mengecewakan Kelantan," katanya.
Kelantan akan ke gelanggang lawan dengan bekalan tipis setelah menumpaskan PKNS 3-2 menerusi jaringan Badhri Tengku Hasbullah Raja Hassan dan Ahmad Shakir Ali.

Badhri yang lebih dikenali sebagai Piya memberitahu, dia tidak menganggap bekalan satu gol yang dibawa ke Selayang memberi kelebihan kepada pasukannya untuk perlawanan tersebut.
Katanya, barisan pemain The Red Warriors perlu bekerja lebih keras bagi memastikan harapan penyokong setia untuk menyaksikan Kelantan mara ke separuh akhir terlaksana.
"Alhamdulillah, keserasian dalam kalangan pemain semakin baik dan formasi 4-4-2 nyata cukup selesa buat kami semua.

"Boleh saya katakan, The Red Warriors sudah mendapat semula sentuhan dan telah dibuktikan dalam dua perlawanan sebelum ini yang menyaksikan Kelantan meraih kemenangan," ujarnya.
Tambahnya, kemenangan ke atas T-Team Sabtu lalu turut melonjakkan semangat pasukan untuk terus memperagakan aksi terbaik pada perlawanan malam ini.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan