Kim Swee Tunggu Surat Rasmi Dari Mat Yo

Jurulatih sementara skuad bola sepak negara, Datuk Ong Kim Swee menunggu surat rasmi daripada Norshahrul Idlan Talaha berikutan gagal melaporkan diri pada sesi latihan pusat pertama bermula Rabu.
Norshahrul atau Mat Yo dilapor bakal mengerjakan Umrah pada 3 Mac ini.
"Kami masih menunggu surat rasmi dari dia. Sepatutnya Mat Yo tahu apa yang perlu dilakukan sebab dia pemain lama.
"Apa sahaja alasan, setiap pemain perlu memaklumkan kepada kami secara rasmi kerana ini ialah latihan negara.
"Buat masa sekarang saya tidak boleh memutuskan apa-apa," jelasnya ketika ditemui ketika sesi latihan pertama skuad kebangsaan di bawah kendaliannya.
Ketua jurulatih Harimau Muda A itu berkata, selain Mat Yo, Mohd Amri Yahyah juga tidak ada pada sesi latihan pertama ini.
"Amri ada memberitahu yang dia akan melaporkan diri lewat sedikit kerana ada masalah keluarga. Mungkin esok (Khamis) dia akan hadir.
"Manakala Mohd Razman Roslan tidak berlatih kerana masih mengalami kecederaan 'hamstring'. Kita akan tanya pihak pakar sama ada dia boleh bermain atau tidak," katanya.
Mengenai kemungkinan Mat Yo tidak berada dalam skuad latihan pusat ini, Kim Swee berkata, beliau tidak ada masalah dalam barisan serangan, tetapi lebih menumpukan jentera pertahanan.
"Kita ada Safee Sali, Bonny Gonzales, Ahmad Fakri Shaarani ataupun Amri di bahagian serangan. Dan sekiranya Razman tidak boleh bermain, saya mungkin akan memanggil barisan pemain simpanan ataupun pemain yang tidak tersenarai bagi menggantinya di bahagian pertahanan," jelasnya.
Sementara itu, mengenai sesi latihan pertama ini, Kim Swee menjelaskan beliau hanya menumpukan latihan ringan sahaja memandangkan sebahagian pemain baharu beraksi dalam perlawanan Piala FA pada Selasa.
Skuad Kim Swee dalam persediaan menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa dan perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015.
Skuad kebangsaan dijadualkan bertemu Filipina dalam perlawanan persahabatan pada 1 Mac di Shah Alam, Selangor dan perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015, menentang Yaman pada 5 Mac di Emiriyah Arab Bersatu.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan