Piya tidak minat jadi kapten

Piya tidak minat jadi kapten

PERANCANG tengah The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi tidak berminat untuk menggalas tugas selaku Ketua Pasukan Harimau Malaya yang baharu setelah nama beliau tersenarai menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan, bermula minggu depan.

Mohd Badhri atau dikenali Piya berkata, tugas selaku Ketua Pasukan Kelantan sejak tiga musim lalu sudah cukup membebankan dan fokus utama beliau ialah memberikan sumbangan terbaik setelah dipilih oleh pengendali sementara kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

“Saya tidak pernah memikirkan perkara itu (dilantik ketua pasukan) biar pun saya adalah Kapten Kelantan ketika ini. Bagi saya, jawatan tidak penting dalam skuad kebangsaan kerana yang menjadi keutamaan saya ialah menunjukkan prestasi terbaik.

“Saya serahkan kepada jurulatih untuk tentukan siapa pilihannya. Lagi pun ramai lagi pemain senior dalam pasukan kebangsaan yang dipanggil untuk menjalani latihan pada minggu depan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kim Swee pada satu sidang media tiga hari lalu membayangkan lilitan kapten Harimau Malaya bakal bertukar tangan dan beberapa calon terdiri dalam kalangan pemain senior dikatakan berada pemerhatian beliau untuk mengepalai skuad kebangsaan itu.

Mohd Badhri pernah mencetuskan kontroversi apabila gagal menghadirkan diri bagi latihan pusat Julai tahun lalu sekali gus mencetuskan polemik beliau dikatakan tidak berminat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal ketika itu.

Menurut jeneral padang berusia 32 tahun itu, pemilihan beliau bagi menyertai skuad kebangsaan ibarat ‘talian hayat’ kedua baginya, justeru beliau bertekad membalas kepercayaan yang diberikan pengendali kelahiran Melaka itu.

“Saya ingin buktikan pada usia seperti ini, saya masih mampu menyumbang sesuatu untuk negara. Saya sedar saingan cukup sengit dan perlu bekerja lebih keras bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan,” katanya.

Tambahnya, beliau turut menanam cita-cita tinggi mahu beraksi selama 90 minit, bukan sekadar pemain gantian semata-mata jika terpilih berada dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan nanti
.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan