Boateng buktikan kredibiliti



DUA kemenangan dan satu seri, boleh dianggap keputusan positif dicatatkan The Red Warriors (TRW) di bawah kendalian George Boateng sekali gus membuktikan beliau mempunyai kredibiliti tersendiri.

Kemenangan ke atas pasukan The Bos Gaurus di laman sendiri dengan mengambil risiko membariskan penyerang tempatan kelmarin, menguatkan lagi tanggapan bekas penyerang kebangsaan Belanda itu mempunyai magis bagi menarik penyokong TRW kembali memenuhi stadium.

Enggan bermegah dengan perkara itu, Boateng menegaskan beliau mahu memastikan TRW berada pada landasan sebenar setelah pasukan itu hampir lumpuh dan mempamerkan prestasi kurang memuaskan pada awal musim.

Menurutnya, pemain TRW kini menghampiri prestasi terbaik dengan penambahan taktikal berkesan yang digunakan, sekali gus menjadikan pasukan itu sentiasa dahagakan kemenangan dan mahu kembali mendaki tangga liga.

"Untuk keseluruhan 90 minit perlawanan, saya hanya melihat satu pasukan (TRW) yang benar-benar mempamerkan aksi sebenar dan cuba memastikan setiap percubaan menerjah jaring, malah setiap pergerakan sangat kemas.

"Walaupun menggunakan taktikal 4-4-2 dengan dua penyerang, mereka menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin dan salah seorang (Mohamed Shawky Aly) berjaya menjaringkan gol awal. Inilah kekuatan kita walaupun tidak dapat menurunkan beberapa tonggak akibat kecederaan," katanya.

Boateng mengakui terpaksa mengambil risiko untuk tidak membariskan beberapa tonggak utama namun tetap memastikan kesebelasan utama pasukan diisi pemain berkredibiliti untuk mempamerkan aksi cemerlang.

Menyentuh kekecewaan penyokong yang kempunan melihat kelibat penyerang import baharu TRW, Prince Tagoe, beliau berkata, Tagoe bakal diturunkan pada perlawanan akan datang dan pemain itu kini sedang bekerja keras untuk terpilih pada perlawanan itu.

"Saya adalah antara 25,000 penyokong yang mahu menyaksikan aksi Tagoe semalam (kelmarin), namun saya harus mengakui pasukan ini lebih memerlukan Mohd Khairul Izuan Rosli bagi mengisi posisi itu dan dia (Khairul Izuan) membuktikan kehebatannya dalam perlawanan menentang PKNS," katanya.

Ditanya berkenaan kekecohan kecil membabitkan pegawai kedua-dua pasukan selepas wisel penamat kelmarin, Boateng mendakwa ia disebabkan sikap Penasihat Teknikal Perak, Karl Heinz Weigang yang tidak menghormati pasukan tuan rumah.

"Apabila berada di tempat orang, kita mesti hormati tuan rumah. Sama juga dengan saya. Bila saya hulur tangan untuk bersalaman, dia enggan membalas dan sikap itu langsung tidak menunjukkan keterbukaan serta hormat, " katanya. credit Sinar

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan