PENYOKONG KELUAR STADIUM KETIKA TRW KETINGGALAN 0-3


Sebahagian penyokong Kelantan dilihat meninggalkan stadium ketika pasukannya itu ketinggalan 0-3 kepada Felda United dalam aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi.

Menurut Wartawan Lokasi Arena Bola, Nurjannah Ali Fiji, sekurang-kurangnya 15-20 peratus penonton The Red Warriors bangun meninggalkan tempat duduk dan keluar dari stadium.

"Saya melihat mereka beramai-ramai keluar ketika Kelantan dalam keadaan kelam kabut mempertahankan kubu mereka selepas ketinggalan 0-3. 

"Ketika keadaan cemas itu, pengendali baharu Kelantan, George Boateng yang pada awalnya berada di kerusi VIP juga dilihat turun ke bangku simpanan untuk memberi arahan kepada barisan pemainnya, sebelum pasukan itu bangkit menyamakan kedudukan 3-3. Ya, cara jurulatih itu sedikit berbeza," kata Jannah. 

Jannah antara penonton yang menyaksikan perlawanan itu dengan dekat, menganggap corak pertahanan Kelantan di awal perlawanan agak kucar kacir.

"Saya melihat bahagian pertahanan Kelantan masih tidak serasi lebih-lebih lagi dengan kemasukan pemain baharu, Hussein Alaa Hussein yang baru sahaja menggantikan Obinna Nwaneri," tambahnya.


NurJannah turut melaporkan sebilangan penonton kekal berada di astaka stadium biarpun perlawanan sudah tamat. Mereka dipercayai menunjukkan rasa tidak puas hati dengan beberapa keputusan pengadil.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu berkesudahan dengan keputusan 3-3 dan aksi timbal balik akan berlangsung di Stadium Selayang pada 31 Mei ini.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan