FAM ubah jadual lagi


KUALA LUMPUR - Kelam kabut dan tidak profesional? Mungkin anggapan ini tidak bersesuaian, namun itulah persepsi sebenar yang boleh dilabelkan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila mereka mengubah jadual perlawanan Piala Malaysia sebanyak dua kali tidak sampai dalam tempoh seminggu.

Semuanya gara-gara permohonan Johor DT (JDT) yang mahu perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 11 Oktober ini dipinda semula ke 17 Oktober diluluskan tanpa banyak bicara oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM sehingga menyebabkan jadual peringkat lain termasuk peringkat separuh akhir terpaksa diubah ke tarikh lain.

Berdasarkan pindaan jadual perlawanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Media FAM, aksi suku akhir kedua melibatkan JDT-Terengganu akan berlangsung pada 17 Oktober sementara perlawanan suku akhir lain kekal pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini.

Keputusan itu bermakna pemenang aksi suku akhir kecuali perlawanan JDT-Terengganu mendapat rehat sekurang-kurangnya 10 ke 11 hari sebelum bermain di peringkat separuh akhir.

Bagi saingan separuh akhir pertama, pemenang perlawanan Kedah/Kelantan akan berdepan PDRM/Pahang pada 20 Oktober, diinjakkan selama tiga hari berbanding tarikh asal dengan aksi timbal balik kedua pada 24 Oktober.

Sementara satu lagi perlawanan berlangsung pada 21 Oktober antara JDT/Terengganu dan Felda/Selangor dan perlawanan kedua pada 25 Oktober.

Hanya aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 pada 1 November dikekalkan memandangkan Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan bersetuju mahu memberikan ruang kepada Harimau Malaya mengadakan latihan setempat menjelang Piala AFF 2014 yang akan bermula pada 23 November ini.-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan