Gambar2 sekitar Majlis resepsi Fizo, Mawar



Pasir Puteh: “Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat meraikan semua tetamu dengan hasil titik peluh saya sendiri,” kata pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali Fizo Omar, 28, ketika ditemui di majlis resepsi bersama pasangannya Mawar Abdul Karim, 24, di rumah keluarganya di Bukit Jawa, Selising, dekat sini, semalam.





Majlis resepsi berkenaan diadakan dengan penuh meriah dan besar-besaran apabila turut dihadiri kira-kira 15,000 tetamu termasukkalangan peminatnya.
Fizo berkata, ia adalah peluang baginya untuk berterima kasih kepada peminat terutama di negeri ini yang banyak memberi sokongan selama dia berkecimpung dalam bidang seni.
“Ia juga menjadi sebab mengapa saya mengadakan di rumah keluarga yang dianggap paling sesuai berbanding dewan atau di tempat lain untuk meraikan tetamu,” katanya.
Pada majlis itu, Fizo dan isteri memilih warna merah jambu sebagai tema pakaian pengantin mereka.
Turut hadir ke majlis berkenaan ialah mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Fizo juga berkata keluarganya menumbangkan 10 ekor lembu, tiga ekor kambing dan 1,000 kilogram (kg) ayam bagi meraikan tetamu selain turut menyediakan dua gerai burger bakar `Hot Burger’ milik syarikatnya yang diberikan secara percuma.
“Lebih istimewa, semua menu masakan itu lebih berkonsepkan lauk kampung yang dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk kampung dan juga keluarga.
“Saya dan isteri serta keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk kerana sudi hadir menceriakan majlis kami ini selepas majlis sama di Pulau Pinang,” katanya..sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan