Kematian Paul Walker Jadi Punca Filem Lakonannya Dibatalkan

PIHAK Universal Studios dilaporkan mungkin akan membatalkan penerbitan filem Fast and Furious 7 berikutan kematian bintang utamanya, Paul Walker dalam satu kemalangan ngeri di Selatan California minggu lalu.
Menurut laporan Fox News, pihak penerbit dan pengarahnya, James Wan merasakan terlalu sukar untuk meneruskan baki penggambaran filem itu tanpa Walker kerana ada beberapa babak penting melibatkan pelakon itu masih belum dirakamkan.
"Selepas berita kematian Paul, pihak produksi memutuskan untuk berehat seketika bagi menghormati mendiang namun kini pihak penerbit berpendapat keseluruhan produksi itu patut dihentikan," kata sumber.
Fast and Furious 7 telah memulakan penggambaran pada September lalu dan produksi tersebut dihentikan seketika bersempena sambutan Hari Kesyukuran.
Malah kata sumber tersebut, perancangan untuk memulakan semula penggambaran filem tersebut turut memberikan masalah besar kepada produksi.mstar
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. Agak agak sape peganti Paul filem Fast and Furious ?

    BalasPadam