Punca penceraian Hrithik?



BERITA penceraian Hrithik Roshan dan isterinya, Sussane yang mula dilaporkan sejak Sabtu lalu sememangnya mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat aktor tersebut.

Apatah lagi, berita tersebut bukanlah khabar angin kerana ia disampaikan sendiri oleh Hrithik kepada media.

"Setelah 17 tahun bersama, Sussane meminta cerai. Ini adalah masa yang sangat getir buat keluarga kami dan saya berharap semua pihak dapat memberikan ruang privasi buat saya.

"Berita ini bukan sahaja mengecewakan peminat, bahkan keluarga saya. Namun saya sudah mencuba semaksimal mungkin untuk menyelamatkan perkahwinan kami," ujarnya.

Bagaimanapun, terbaru, nama Arjun Rampal disebut-sebut sebagai punca penceraian pasangan ini. Semuanya bermula setelah Hrithik kurang sihat baru-baru ini dan Arjun yang juga sahabat baik Hrithik dikatakan mula mendekati Sussane.

Namun belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Hrithik mahu pun Arjun mengenai perkara ini.-sinar.
 



Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan