ULAR anakonda yang cuba menyusup masuk ke tandas sebuah kediaman di Madinah, Arab Saudi.
Riyadh: Seekor ular anakonda yang sangat besar dan mampu menelan bayi menyusup masuk ke tandas di sebuah kediaman di Arab Saudi sebelum ditangkap pihak berkuasa perhilitan negara itu, semalam.
Tidak diketahui dari mana reptilia itu datang dan bagaimana ia boleh memasuki tandas di kediaman di Madinah, barat Saudi itu kerana ular terbabit biasanya ditemui di Amerika Selatan. “Jenis ular ini boleh menelan bayi jika ia lapar dan juga sukar untuk dijinakkan sekiranya terlepas,” menurut pakar di Pusat Perubatan Tentera Putera Sultan yang berpangkalan di Riyadh, Hassam Al Malki.
Menurutnya, ular itu mungkin dibawa ke Saudi dari Amerika Selatan dan dikunci dalam kurungan di kediaman itu tetapi ia berjaya menyusup keluar.-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan