Atraksi Cinta Noh & Nina

NOH NINA

Beberapa bulan sebelum Nina mengerjakan haji, kami sempat bertemu untuk satu sesi penggambaran. Tidak langsung diceritakan mengenai perancangannya untuk ke tanah suci Mekah. Malah, daripada perkongsian aktiviti akan datang, Nina sibuk dengan penghasilan kompilasi album, rancangan televisyen baru dan beberapa lagi aktiviti seni yang sememangnya sudah sebati dengan insan bergelar Mizz Nina.
 
HAJJAH NINA & LANGKAH BARU
Maha Suci Allah, sekelip mata Allah membuka hijab hati Nina. Panggilan Allah untuk menjadi tetamu-Nya disahut dengan hati terbuka. Saat mendengar cerita Nina, penulis seakan mahu mengalirkan air mata kerana kisahnya bagai satu mimpi. Mimpi yang akhirnya menjadi realiti.

Tidak manis rasanya mahu menggali kembali kisah-kisah lama. Langkah baru yang diambil ini sudah cukup untuk menutup peristiwa lalu. Restu dan doa suami serta keluarga membuka hati Nina untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Bagi Nina, dia tidak pernah penat belajar dan mendalami ilmu kerana ia menjadi kekuatan seseorang.
 
“Noh pernah ajak saya ke tanah suci beberapa tahun lalu tetapi terpaksa ditolak kerana pada waktu itu, saya merasakan masih banyak kekurangan dalam diri. Jujurnya tika itu, saya banyak memikirkan aktiviti-aktiviti seni yang telah lama dirancang untuk dilaksanakan. Dek kerana alasan itu, Noh hanya mendiamkan diri sehingga saya sendiri mengajaknya ke tanah suci.

Dengan tiba-tiba, hati tergerak untuk ke sana. Tiga tahun lalu, saya dan Noh mengerjakan umrah. Sewaktu di sana, mula timbul dalam hati untuk mengerjakan haji pula. Bermula dari sana, saya belajar mendalami Islam sedikit demi sedikit. Saya belajar mengaji, banyak menghadiri ceramah dan beberapa kelas lain,” senyuman terukir di wajah manisnya, memberi seribu makna.

TAKDIR
Populariti Mizz Nina di pentas hiburan tempatan dan antarabangsa membuatnya berbangga dengan kesederhanaan si isteri. Tanpa segan, Noh sendiri mengakui sebelum ini Mizz Nina merupakan artis yang paling diminati. Namun siapa sangka, siapa menduga, Mizz Nina kini sudah menjadi suri hatinya.

“Sebelum ini saya pernah mengajaknya untuk menunaikan Umrah namun Nina menolak kerana masih belum bersedia. Namun bila waktu Nina sudah bersedia dan mengajak saya menunaikan Umrah, saya terus bersetuju,” katanya. Bagaimanapun, sekembalinya mereka daripada menunaikan Haji, keputusannya berhijab ternyata mengejutkan Noh. Timbul pelbagai kekangan memandangkan penampilan terbaru si isteri yang perlu membatasi pergaulan dan sebagainya. Pun begitu, perubahannya menggembirakan hati Noh sebagai suami.
Pelbagai cerita menarik dan perkembangan terkini Noh dan Mizz Nina dikongsikan dalam Nona Februari ini. Antaranya perniagaan terbaru mereka, pengalaman ketika berada di Mekah serta keperibadian Nina dan Noh yang mungkin tidak anda ketahui. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki Nona Edisi Romantis di pasaran sekarang! -sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan