Piya tangguh hasrat tunai umrah


KETUA Pasukan The Red Warriors, Mohd Badri Radzi menangguhkan hasratnya menunaikan umrah kerana terlibat persediaan pasukannya menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2014, lapor MAZRAM IDZRAM RIDZAL MAHMUD.

Mohd Badhri atau dikenali Piya berkata, beliau tidak dapat ikut serta rombongan umrah yang berlepas ke Mekah hari ini memandangkan jadual perlawanan padat apabila tirai Liga-M akan dibuka beberapa hari lagi.

Menurutnya, beliau perlu fokus menjalani latihan bagi perlawanan sulung Liga Super, pertemuan Kelantan menentang Sime Darby FC yang berdi Stadium Sultan Muhammad IV, pada Sabtu ini.

“Saya amat berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan kerajaan negeri dan mengakui sukar untuk menolak peluang keemasan menjejakkan kaki ke Tanah Suci biar pun sudah dua kali menunaikan ibadah umrah.



“Disebabkan komitmen terhadap pasukan Kelantan, saya tangguhkan dahulu niat tersebut tambahan pula kerajaan negeri turut memberi kelonggaran kepada saya untuk berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian pada majlis penyampaian pakej umrah kepada Tokoh Anak Muda Kelantan semalam.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang hadir pada majlis tersebut menyampaikan pakej umrah kepada empat tokoh yang terpilih. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, Dr Ramli Mamat dan Timbalannya, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah.

Mohd Badhri dinobatkan selaku Tokoh Sukan sempena Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2013 yang berlangsung hujung tahun lalu, sekali gus menerima sijil dan plak, tunai RM2,000 selain pakej umrah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Pemilihan Mohd Badhri yang  mendapat jolokan ‘Kapten Marvel’ berdasarkan pencapaian cemerlang memimpin pasukan Kelantan merangkul pelbagai kejuaraan dalam pertandingan Liga-M sejak dua tahun lalu.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan