Siapa bakal jadi penggempur The Red Warriors?






TEKA - teki siapa bakal menerajui jentera penggempur The Red Warriors (TRW) belum terjawab ketika aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) hanya berbaki kurang seminggu.

Tumpuan penyokong setia TRW kini terarah kepada pengendali pasukan, Steve Darby, sama ada mahu memilih Mohammed Ghaddar atau Francis Forkey Doe, namun sehingga kini jurulatih dari England itu belum mendapat ilham menamakan salah seorang daripada mereka.


Ketika ini, dua penyerang import dari Lubnan dan Liberia, masih meneruskan persaingan dan berusaha keras bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan gergasi pantai timur itu.

“Persaingan masih terbuka bagi kedua-dua penyerang ini. Mohammed Ghaddar merupakan penyerang berkualiti, begitu juga dengan Francis Forkey Doe. Ia (perebutan tempat) sesuatu yang menarik untuk diperkatakan ketika ini.

“Salah seorang daripadanya sudah pasti akan digandingkan dengan penyerang tempatan. Malam ini, anda kempunan melihat kehebatan Forkey Doe kerana dia mengalami kecederaan ketika bertemu Perlis minggu lalu,” katanya kepada Sinar Harian sejurus selesai aksi persahabatan menentang Phatthalung FC malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan membelasah kelab Divisyen Satu Thailand itu 4-0 hasil jaringan hatrik Mohammed Ghaddar sementara satu gol lagi menerusi sumbangan pemain kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani.

Begitu pun, jurulatih berusia 58 tahun itu mengesahkan tempat bagi Obinna Nwaneri dan Mohamed Shawky di posisi pertahanan dan tengah sudah terjamin sebelum pasukannya bertemu pendatang baharu Liga Super, Sime Darby FC di Kota Bharu, Sabtu ini.

“Saya fikir tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikan keupayaan Nwaneri. Begitu juga Mohamed Shawky, dia sememangnya berada dalam kelas tersendiri dan aksinya seumpama bekas pemain antarabangsa England, Bryan Robson,” katanya.-sumber



Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan