The Predator TRW



PREDATOR dalam bahasa kamus bermaksud binatang buas. Bunyinya kedengaran agak kasar namun itulah gelaran yang sesuai buat penyerang import baharu The Red Warriors, Francis Forkey Doe..

Gelaran tersebut sememangnya cukup sinonim dengan ‘sikap ganas’ Forkey Doe, yang pernah menyarung jersi Terengganu dan Selangor memandangkan beliau dilihat seorang penyerang yang begitu dahagakan jaringan setiap kali beraksi di atas padang.

Kehadiran bekas pemenang Kasut Emas Liga Malaysia musim 2012 ternyata disambut baik penyokong Kelantan, sekali gus menenggelamkan kehebatan Mohammed Ghaddar dan meratapi pemergian Dickson Nwakaeme ke Pahang.

Biar apa pun gelaran untuknya, Forkey Doe merupakan pemain import kedua dari Liberia selepas kali terakhir, Alexander Freeman menyarung jersi skuad pantai timur itu pada tahun 1995.

HANYA ISU KECIL

Insiden pertelingkahan di antara Forkey Doe dan Mohammed Ghaddar pada minggu lalu mengejutkan penyokong setia mereka, namun penyerang kebangsaan Liberia itu enggan memanjangkan perkara tersebut.

Sebaliknya, beliau tampil bersuara dengan menganggap itu satu perkara kecil, mungkin juga sekadar ‘perang psikologi’ kedua-dua pemain tersebut untuk berusaha memikat hati pengendali pasukan, Steve Darby.

Apa pun, sentuhan sulung Forkey Doe biar pun beraksi hanya 45 minit ketika Kelantan menewaskan Perlis 3-1 pertengahan minggu lalu tidak menghampakan malah kemasukan beliau mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong mereka.

SASARAN PERIBADI

Tidak mementingkan kemahiran individu sebaliknya mengekalkan semangat berpasukan jitu, Forkey Doe memasang dua misi besar selepas memilih haluan berbeza dengan beraksi bersama Kelantan pada musim ini.

Sambil bertekad mahu merampas kembali anugerah Kasut Emas yang pernah dimenanginya daripada penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James, pemain berusia 29 tahun itu juga berazam membantu pasukannya merangkul kejuaraan pada musim ini.

Misi tersebut mampu direalisasikan kerana jika dilihat penyerang tersebut dapat membentuk keserasian baik dengan pemain tempatan lain dan tidak mustahil menjadi peledak berbisa pilihan jurulatih kelahiran England untuk musim ini.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan