Jangan melatah


Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana mempertikaikan penundaan tarikh suku akhir kedua Piala Malaysia membabitkan pasukan itu dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT).
Selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Kuala Terenggau, Jumaat lalu mereka sepatutnya bertemu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini dalam perlawanan timbal balik, tetapi ditukar kepada 17 Oktober ini.Sambil meminta PBSNT jangan cepat melatah, Tunku Ismail berkata permohonan untuk menunda perlawanan itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dibuat berlandaskan peraturan sedia ada yang termaktub di bawah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Justeru, Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menggesa Terengganu supaya menerima keputusan FAM itu dengan hati terbuka.


Foto
HARISS (kiri) terlibat dalam perlawanan antarabangsa.

“Jadi saya harap pihak terbabit usah cepat melatah kerana permohonan kami tidak melanggar undang-undang.


“Kita ikut ketetapan FIFA dan saya ingin menegaskan penundaan perlawanan bukan kerana Hariss Harun yang mewakili Singapura. FIFA sudah mengeluarkan jadual membabitkan perlawanan antarabangsa dan kita kena patuh.

“Dalam undang-undang FIFA ada menyatakan jika berlaku pertembungan jadual perlawanan maka kita ada hak untuk membuat rayuan tanpa melanggar apa jua undang-undang dan FAM menerima permohonan itu berdasarkan fakta yang kukuh,” katanya dalam sidang media semalam.

“Selain itu, aksi perlawanan sebenarnya ditetapkan FAM pada 18 Oktober dan saya mengarahkan kerja baik pulih Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dijalankan untuk persiapan saingan Piala AFC tahun depan dan sudah pasti penambahbaikan itu tidak dapat disiapkan jika perlawanan diteruskan Sabtu ini.”

Tunku Ismail berkata, keputusan FAM membenarkan perlawanan itu ditunda tepat dan tidak melanggar peraturan FIFA manakala permohonan PBNJ pula dilakukan secara profesional.

Beliau berkata ketetapan badan induk bola sepak dunia itu turut menetapkan jika ada pemain dari kelab terbabit dalam apa jua perlawanan maka pertandingan liga tempatan harus dihentikan buat sementara.

“Seandainya Johor DT layak ke separuh akhir maka jadual kami akan lebih ketat kerana terpaksa membuat persiapan singkat.

“Jadi, saya rasa perasaan tidak puas hati itu tak patut timbul,” kata Tunku Ismail.-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan