The Red Warriors hanya ada 16 pemain 'gred A'



KOTA BHARU - Kelantan akan mengharungi cabaran Liga M musim ini dengan hanya berbekalkan 16 pemain 'gred A'.
Gred tersebut diberikan oleh pengendali baharu The Red Warriors, Steve Darby berdasarkan pemerhatian yang dilakukannya sepanjang latihan dan perlawanan persahabatan pra musim sejak awal Disember lalu.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah pemain yang berkualiti tinggi itu tidak mencukupi untuk pasukan The Red Warriors mengharungi saingan Liga M yang hebat.
"Jumlah tersebut tidak cukup, namun saya tidak mengharapkan keajaiban untuk Kelantan menjadi pasukan yang hebat.
"Pasukan yang dibina Darby ini akan menghadapi separuh musim yang pertama dengan cukup mencabar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Karnival Sukan Peringkat Politeknik Kota Bharu (PKB) di sini semalam.
Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah PKB Noor Azahan Othman.
Sementara itu, Annuar berkata, KAFA memerlukan dana sebanyak RM8 juta untuk digunakan bagi mengurus pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim 2013.
Bagaimanapun beliau memberi jaminan akan tetap berusaha memastikan kantung persatuan berkenaan sentiasa penuh dan cukup meskipun sudah melepaskan jawatan dalam KAFA.
"Pegawai KAFA tidak perlu risau, saya akan cari duit bagi memastikan perbelanjaan persatuan tidak terjejas. Begitu juga dengan pemain, mereka jangan risau.
"Saya mahu mereka tumpukan perhatian kepada perlawanan yang bakal diharungi selepas ini bagi mengekalkan tradisi kecemerlangan The Red Warriors sebagaimana sebelum ini," katanya.
Penyerang antarabangsa Lubnan, Mohamed Ghaddar antara pemain import yang kembali memperkukuhkan cabaran The Red Warriors bagi musim 2014.
Malah, gergasi Pantai Timur itu turut diperkuatkan oleh pemenang Kasut Emas Liga Super 2012, Francis Forkey Doe, selain bekas pemain antarabangsa Mesir, Mohamed Shawky.
Bagi pemain tempatan pula, Kelantan mendapat khidmat khidmat pemain Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd. Nazri Ahmad, Ahmad Shakir Ali, Amar Rohidan, Tengku Hasbullah Raja Hassan dan Famirul Asyraf Sayuti.
Musim lalu, Kelantan muncul juara Piala FA, selain bergelar naib juara Piala Malaysia..-sumber,


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan