Najwa kena raba di malam konsert tahun baru?



Kuala Lumpur: “Mana ada saya kena raba? Benda itu tak berlaku langsung. Ia fitnah semata-mata,” kata penyanyi dan pencipta lagu remaja, Najwa Latif menjawab desas-desus mendakwa dirinya diraba peminat ketika mengadakan persembahan pada Konsert Ambang Tahun Baru 2014 di Dataran Merdeka, malam kelmarin.
Najwa atau nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif, 19, berkata, tuduhan ditimbulkan pihak bertanggungjawab itu tidak berlaku kerana dia mempunyai saksi iaitu kakaknya Syafika dan pengurus Azahari Jaafar di tempat kejadian bagi mengesahkan perkara terbabit.



“Sejujurnya tak ada apa berlaku. Saya ada bersama kakak dan pengurus ketika konsert itu. Apabila selesai saja persembahan, kami terus masuk kereta dan pulang dengan selamat.

“Saya sendiri tak pasti dan keliru bagaimana boleh timbul tuduhan itu. Benda ini mungkin berpunca daripada akaun Twitter saya kena godam dengan orang tak bertanggungjawab dan menyamar sebagai saya dengan memuat naik mesej kononnya saya kesal dengan apa berlaku malam tadi (diraba).

“Yang buat saya sedih dan kesal apabila segelintir peminat menghentam saya dengan kata-kata kesat kerana ‘tweet’ itu kerana mereka sangkakan ia adalah daripada saya. Padahal benda itu tak berlaku pun,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Semalam, kekecohan timbul di Internet apabila penyanyi lagu Sahabat itu dikatakan diraba peminat ketika terbabit dalam Konsert Ambang Tahun Baru 2014 di Dataran Merdeka, malam kelmarin.

Lebih memburukkan keadaan, akaun Twitter rasmi Najwa iaitu @NjwaLatif turut digodam pihak tertentu tengah malam kelmarin dengan memuat naik ‘tweet’ palsu mengenai kekesalannya selepas mendapat tahu seorang wanita diraba di kawasan tapak konsert sehingga mengundang kecaman teruk daripada peminat.

Najwa mengesahkan kedua-dua dakwaan yang timbul itu tidak berlaku kerana ‘tweet’ palsu berkenaan dipadamkan pihak terbabit daripada garis waktu (timeline) akaun Twitternya selepas beberapa jam dimuat naik.

Bagaimanapun, akaun Twitter miliknya kembali normal selepas itu. Kejadian terbabit bukan kali pertama berlaku kerana Twitter penyanyi itu pernah digodam beberapa kali sebelum ini.

Katanya, berikutan itu dia berasa serik dan trauma untuk menggunakan akaun berkenaan buat sementara waktu kerana tidak mahu emosinya terganggu.


“Saya sudah semak, tapi tak tahu macam mana boleh berlaku (digodam). Lebih baik jangan buka Twitter dulu buat masa ini sebab tak nak terganggu.


“Kejadian ini memberi pengalaman baru dalam dunia Internet. Sedih memang sedih difitnah, tapi saya terima ujian ini. Apapun, saya tak berhasrat nak buka akaun baru cuma nak berehat sekejap,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Najwa kini sibuk dengan peperiksaan akhir semester kedua bagi kursus Asasi Pengurusan di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).


“Sekarang masih dalam minggu peperiksaan akhir dan pertunjukan pentas tetap berjalan macam biasa hujung minggu. Ini pun saya ada persembahan di Melaka.


“Dalam bulan ini juga saya akan keluarkan lagu terbaru berjudul Hilang ciptaan saya dan kakak,” katanya.

..-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan