Mayat siap sedia ‘bertinju’

Foto

San Juan: Beratus-ratus peminat petinju Puerto Rico Christopher Rivera Amaro, 23, yang mati dibunuh mengunjungi upacara penghormatan terakhir untuknya kelmarin.
Mayat Amaro yang lengkap dengan sut tinju berhud kuning, berkaca mata hitam dan sarung tangan tinju disandarkan di tepi gelanggang palsu. Dia kelihatan seperti sudah bersedia untuk berlawan di gelanggang yang berlatar tirai merah putih, warna rasmi bendera negara itu.


Naib persiden rumah mayat Marin, Elsie Rodriguez berkata keluarga Amaro mahu upacara itu menonjolkan konsep sukan tinju dan pihaknya menyediakan gelanggang itu sebagai memenuhi permintaan mereka. Gelanggang tinju itu dibina di pusat komuniti di kompleks perumahan awam berhampiran San Juan. Menurut Rodriguez, pihaknya mengambil masa beberapa jam untuk mewujudkan suasana seperti di gelanggang tinju di situ. Sebelum ini, rumah mayat berkenaan pernah menunaikan permintaan yang seumpamanya bagi upacara sedemikian untuk beberapa keluarga ternama lain, termasuk mayat lelaki yang menunggang motosikal.
Selain itu, terdapat juga mayat seorang lelaki lain menghisap rokok. Amaro yang mempunyai lima rekod kemenangan daripada 15 perlawanan ialah petinju kelas 59 kilogram. Polis berkata, dia ditembak Ahad lalu di Santurce. Amaro meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan ibunya. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan