Pertemuan JDT, T-Team batal

JDT, T-Team


 KUALA LUMPUR: Perlawanan pusingan kedua Piala FA 2014 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team ditangguhkan selepas wakil kelab dari Terengganu itu enggan meneruskan perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu, malam Sabtu.
Keputusan menangguhkan perlawanan ke tarikh baharu diumumkan oleh komisioner perlawanan, Zainal Mukri selepas pasukan pelawat dilaporkan enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan.
JDT sedang mendahului T-Team dengan keputusan 2-1 pada aksi separuh masa menerusi sentuhan penyudah penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa masing-masing pada minit ke-15 dan 20'.
Skuad 'The Titans' merapatkan defisit jaringan hasil sepakan percuma daripada jarak 20 meter menerusi kapten pasukan, Marzuki Yusoff pada minit ke-26.
Zainal yang ditemui pemberita selepas itu berkata, pihaknya akan merujuk perlawanan berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak (FAM) sama ada untuk mengekalkan keputusan tersebut atau perlawanan ulangan diadakan.
Bagaimanapun, mengikut peraturan FAM, sesuatu perlawanan ulangan yang terpaksa dijalankan berikutan pembatalan atau penangguhan, maka ia akan disambung hanya dengan baki tempohnya dan bukan lagi dimulakan daripada minit pertama.
Selain itu, kedudukan jaringan dan layangan kad semasa dikekalkan serta pasukan diwajib menurunkan barisan pemain yang sama.
Dalam pada itu, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua, juara Piala Malaysia, Pahang menjadi pasukan pertama mengesahkan slot ke suku akhir selepas mengalahkan Lions XII dari Singapura 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Kemenangan tersebut sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah juara Liga Super itu yang kali terakhir kecundang di halaman sendiri pada Julai 2012.
Pahang hanya berjaya menembusi gawang gol pasukan Lions XII menerusi Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-51 sebelum Azidan Sarudin menggandakan kedudukan untuk skuad Tok Gajah, empat minit kemudian.
Pemain pertahanan Lions XII, Muhammad Safuwan Baharudin mengurangkan defisit jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-86.
Pahang dijadualkan bertemu pemenang perlawanan antara wakil Pulau Pinang, PBAPP FC atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi suku akhir secara timbal balik pada 11 dan 18 Mac ini.
Perlawanan pusingan kedua melibatkan PBAPP FC dan PDRM akan berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Selasa ini.
Lima lagi aksi Piala FA turut berlangsung pada hari yang sama iaitu Selangor menentang dan Sarawak, Kedah menentang Perlis, Kelantan bertemu Sabah, Selangor PKNS FC menentang Terengganu dan Sime Darby FC berdepan Felda United FC-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan