Annuar akan bersemuka dengan Darby


EKORAN prestasi hambar The Red Warriors (TRW) dalam beberapa perlawanan Liga Super musim ini, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa akan bersemuka dengan Ketua Jurulatih, Steve Darby untuk mengenal pasti masalah pemain.

Annuar berkata, walaupun TRW berjaya menguasai permainan kerana kelebihan beraksi di gelanggang sendiri kelmarin, namun masih ada beberapa kelemahan perlu dibaiki terutama selepas kehilangan tonggak utama pasukan musim lalu.

“Bagi TRW, permainan dengan JDT kelmarin boleh dikategorikan sebagai bagus. Kita berdepan dengan kesebelasan utama yang juga pemain kebangsaan tapi saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan saya akan mengadakan perbincangan dengan jurulatih terutama dari segi pertahanan serta ketumpulan jentera serangan.

“Kita di antara pasukan yang paling banyak menjaringkan gol, namun banyak juga yang bolos. Setiap kali bolos itulah, saya lihat kelemahan yang masih berpotensi untuk dibaiki,” katanya kepada media ketika hadir merasmikan Karnival Pendidikan Mara 2014 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV semalam.

Annuar berkata, biarpun begitu TRW membuktikan satu peningkatan yang bagus sewaktu menentang skuad Harimau Selatan itu, namun masih memerlukan sedikit perubahan bagi menjamin mutu prestasi pasukan pada musim akan datang.

Dalam pada itu, Annuar mengakui jentera barisan tengah yang diketuai Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi, Mohamed Shawky Aly dan Ahmad Fakri Saarani berjaya membuktikan mereka mampu menggalas peranan dengan baik.

“Jentera tengah kita mempamerkan aksi sangat memukau dan mereka di antara jentera tengah yang terbaik.

"Kemasukan tiga muka baharu dalam TRW juga bakal mencorakkan kehebatan sebenar pasukan ini walaupun terpaksa menggugurkan salah seorang pemain dalam 27 ranking sebagaimana tersenarai kini," katanya.

Annuar turut memberi gambaran awal TRW akan berubah wajah dengan menampilkan pelbagai strategi dan perubahan untuk musim akan datang, selain mengakui akan 'memikat' beberapa pemain import terutama dari negara yang beraksi di Piala Dunia.
-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan