Khairy minta FAM tegas tangani kekecohan



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pasukan yang gagal mengawal tindakan liar segelintir penyokong mereka.

Beliau turut meminta FAM supaya bekerjasama erat dengan polis bagi meningkatkan kawalan keselamatan sebelum, semasa dan selepas sesuatu perlawanan.

Mengulas insiden kekecohan penyokong pada perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, Selasa lepas, beliau mengesyorkan supaya tindakan lebih berat dikenakan terhadap pasukan yang gagal mengawal tindakan liar penyokong mereka.

"Jika FAM mengenakan hukuman lebih cepat, maka sesebuah pasukan atau kelab mungkin akan lebih bertanggungjawab dalam memastikan sikap penyokong mereka lebih sopan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Khairy merasmikan Forum Women@Work anjuran General Electric (GE) sempena Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2014 di Kelab Diraja Selangor (RSGC) di sini.

Beliau menegaskan tuan rumah sesuatu perlawanan bukan sahaja bertanggungjawab terhadap soal keselamatan pasukan pelawat tetapi mereka perlu dipersalahkan jika penyokong mereka bertindak liar atau ganas.

Justeru, beliau mengesyorkan kepada FAM bahawa pasukan atau kelab yang dikenakan hukuman atas tindakan liar penyokong masing-masing supaya bermain dalam stadium kosong pada perlawanan seterusnya.

Pada perlawanan tersebut, JDT mengalahkan Perak 1-0.

Berikutan kekalahan tersebut, segelintir penyokong Perak dilaporkan bertindak liar dengan membaling batu dan mercun sehingga mencederakan dua petugas media yang membuat liputan perlawanan berkenaan.

Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air bagi menyuraikan penyokong Perak yang terus menimbulkan kekecohan selepas perlawanan itu.

Forum sehari berkenaan membincangkan peranan golongan wanita dalam pelbagai bidang meliputi sukan yang diacarakan oleh legenda tenis wanita dari Australia, Margaret Court
. -sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan