KETAHUI Cerita Di Sebalik Fesyen Rambut Zig Zag Ronaldo


Brazil – Fesyen rambut zig-zag Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan ramai ketika kempen Piala Dunia ketika ini dan ramai yang menyangka ia adalah fesyen terbaru pemain tersebut.
Namun berdasarkan berita yang tersebar di internet, potongan rambut itu bukannya untuk tujuan fesyen semata-mata sebaliknya ia sebagai tanda sokongan kepada seorang budak dari Sepanyol, Erik Ortiz Cruz, yang menjalani pembedahan otak.
Nyata Ronaldo adalah seorang yang berhati mulia apabila dia sanggup membayar kos pembedahan sebanyak £50,000 untuk Cruz.
Rambut zig-zag itu pula sebagai memberi sokongan kepada Cruz kerana mempunyai parut sedemikian rupa di kepalanya akibat pembedahan berkenaan.
Cruz menjalani pembedahan itu pada bulan Februari lalu.
Ronaldo yang juga kapten pasukan Portugal dan juga bekas pemain Manchester United ini jarang bercakap mengenai kerja-kerja amal yang dilakukannya secara terbuka.-CREDIT MYNEWSHUB
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan